Nuffnang Ads

Wednesday, May 14, 2014

My First Jazzercise Class

Best! Lenguh! Sengal badan! Hehehe. Kalau ada orang Seremban nak join boleh pergi ke Studio Jazzercise dekat Dataran Sentral Seremban. Belakang muzium dan sebelah je dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan. Dekat je la dengan rumah I. Campur dengan cari parking dalam 10 minit dah boleh naik studio.

Semuanya sebab Aqma yang ajak. Dia suruh try. I pulak jenis memang nak try je benda menarik macam ni. Sementara ada kelapangan ni memang in shaa Allah semua tempat I redah pergi. So I decided to give a try on this Jazzercise class. And the result, was like, BOMB! The steps were slightly slower than Zumba dance but the impact on my fats, oh my!

I masuk lewat sikit. Sebab Aqma tak dapat datang, so I kena tunggu Yusrena, BFF Aqma untuk attend I pada trial day I tu. Instructor untuk pagi Sabtu, 10 Mei 2014 ialah Stacy. Memang best. Lepas dah buat step, kena pakai mat pulak nak baring-baring lepas tu guna weight. Tapi 2 kg je! Hahaha bolehlah kot... Tapi kan, lenguh-lenguh dia tak payah cakap la.... Nak cakap macam mana pun tak tau. Better pegi cuba sendiri.

Ok I macam sangat interested untuk join Jazzercise ni tapi dah nak bulan puasa pulak. Ada beberapa faktor yang buatkan I nak join dekat sini.
  • Dekat dengan rumah. Senang nak pergi dan tak membazir minyak kereta hahaha
  • Parking pun senang, dekat depan BSPN, JKR N.Sembilan aje 
  • Semuanya ladies! Bebas untuk berpakaian, tak perlu nak malu-malu. Kecuali fighting class rasanya instructor dia lelaki
  • Pelbagai peringkat umur, semuanya dengan hal masing-masing, I rasa relax sangat dalam class
  • SELESA! Ini paling penting untuk I sebab I rasa selesa sangat
Nak tau ke Jazzercise ni macam mana workout dia? Nanti next entri lah I ceritakan. Sekarang ni setakat nak bagitau je yang I dah pernah try Jazzercise. Hoorey! Hahahahaha~ 

Next month baru register. Kalau bulan ni dah belas-belas.


No comments:

Post a Comment