Alhamdulillah! Berjaya jugak reunion kali pertama untuk kami, ex KYPM Bangi pada 25 Mei 2014 yang lepas. Sebelum adanya KPTM di Bangi tu, kami berkongsi KYPM Bangi dan Desa Siswa Raja Nong Chik dengan pelajar Matrikulasi Sains dan Japanese Association Degree. Kiranya kami ni pelajar batch pertama untuk Program Francais KYPM bersama UiTM tahun 2000 sampai 2002 yang sebelum ni hanya di KYPM Taman Shamelin. Biasalah nama pun perintis, maka taklah berapa ramai studentnya. Lepas hampir 12 tahun barulah nak reunite. Jom baca cerita kami :)
|
This is us! (excluded Sahak - sebab dia boboy, mana leh mesra-mesra gini hehehe) |
Seronok! Padahal dulu I dan Azfa hanyalah golongan underground yang tak berapa rajin ke usrah dan join sukan semua tu. Tapi bila reunion ni kami bergabung bersatu padu untuk merealisasikannya. Dengan kehadiran Yulie, Syam, Sahak, Kak Sot, Elly, Azfa, Rehan, Qemal dan Qma sebagai tuan rumah, memang syok. Semuanya dah beranak pinak, out of shape tapi semangat setiakawan tetap tinggi. 3 tahun bersama-sama belajar untuk segulung diploma bukan sekejap-sekejap. Waktu itulah banyak memori tercipta.
Bertempat di
Clubhouse Sri Carcosa Seremban 2,
Qma dan suami yang menguruskan lokasi. Mudah untuk kami menggunakan tempat yang hebat itu. Lengkap dengan kolam renang untuk anak-anak mandi. Makanan pun semuanya tak kurang hebat. Dari
Lasagna ke Mihun goreng dan
dessert yang sedap semuanya. Tak ketinggalan, berjaya jugak I menyumbangkan sikit
goodies bag dan kek cokelat sedap nyum nyum! Dalam bag tu ada bubuh
marshmallow, spiral lollipop, coklat
Snickers dan sekotak air
Ribena. Alhamdulillah, suka budak-budak ni semua. Untuk kek pula ditempah dari
Eyna, siap pagar
Kit Kat dan ditabur
M&M's di atasnya. Boleh ke
page Sufiyyah ye untuk tempah kek macam I dan lain-lain lagi. Sempat
promote okeh!
|
The foods! Gila banyak ok sampai berbungkus la bawak balik. |
|
Kemain.... suka la bebudak ni main pool. |
|
Ini area kitorang makan-makan. Memang best! |
|
Yang spek atas kepala ni ialah tuan rumah. Tq Mas Rudy! |
Sekejap je masa berlalu, dari jam 11.00 am sampai lah ke jam 3.00 pm kami berborak dan makan sakan. Kami terpaksa berpisah semula meneruskan kehidupan masing-masing semula. Tak macam masa zaman kolej, 5 hari dalam seminggu tu memang lah
life dengan kawan-kawan je. Sekarang dah lain... Terima kasih kawan-kawan yang datang dari jauh iaitu
Yulie dan
Syam. Memang berbaloi-baloi dapat jumpa semua. Paling terharu dapat cenderamata dari
Syam. Tetiba rasa nak nanges boleh tak?
|
Keluarga besar kami. Alhamdulillah. |
Semoga ukhwah yang terjalin ni akan berkekalan sampai ke syurga kerana Allah. Semoga dapat reunion lagi dengan bilangan ahli yang ramai lagi. Ini baru permulaannya...
In shaa Allah.......~
|
Siapa sangka.. dah 12 tahun okeh hehehe |
No comments:
Post a Comment