Almaklum, terasa muda walaupun dah tua. Konon nak buat macam-macam tapi usia matang ni membataskan sikit le. Hehehe. Kronologi untuk weekend yang lepas ialah. Sabtu pagi, bangun awal dan tak tidur balik terus buat Jazzercise. Sambil tunggu Sayang balik kerja tengahari layan rehat sekejap. Malam sambung dengan aerobic dekat KOMBES.
Cerita hari Ahad pulak, pagi buta dah bangun. Celik mata terus naik ke Broga lagi. Kali ni dengan Mama, Abang, Kak Long, Ain, Aliya dan Ayish. Bergerak dari rumah agak lewat. Jam 9.00 am baru bergerak dan sampai semula ke rumah Paroi jam 1.00 tengahari. Bayangkan... Balik dari Broga, bergegas I dan Sayang ke Putrajaya pulak untuk birthday party Rizq. Fuh! Fuh! Fuh!
Lepas tu Hari Isnin I tak boleh bukak mata dan terus terbaring je dekat meja. I rasa ini penangan Jazzercise la. I tak pernah buat workout macam tu. Tiba-tiba badan push. Amekau! Hehehe I won't give up on us. I'll be doing the workout over and over again. In shaa Allah...
Untuk Broga, macam biasa je. Cuma Abang kepenatan. Rasanya mungkin sebab, satu, perut kosong dan dua, matahari tegak atas kepala. I pun pening. Yang lain tak dapat join sebab ada komitmen lain katanya. Oklah next time ye. Apa-apa pun kitorang enjoy sangat walaupun Ain macam nak give up masa mula-mula. Tapi bila tanya, dia willing nak naik lagi. Hahaha alahai anak buahku.
Berpenat di Broga, kitorang ke Putrajaya tu celebrate birthday Rizq. Walaupun sampai lewat sikit, tapi makan banyak lagi. Sate best! Soto best! Candy buffet best! Kek untuk Mother's Day pun best! Paling best, family Kecik memang happening. Dengan karaoke nye, dengan menari poco-poco, dengan ade musical chair bagai. Lepastu geng KAMI pun buat haruk jugak. Memang happening birthday party ni! I like! Cuma malu I nak join poco-poco. Kalau ikutkan hati.....
Yeah, weekend I sekarang memang meriah. Tunggu sikit hari lagi, I ada aktiviti baru. Hehehe. Dah confirm baru akan buat entri. Doakan I ye.
p.s. atas sebab-sebab teknikal, gambar memori dalam handphone semuanya hilang T____T
Entah kenapa lah kena format balik memori sampai hilang SEMUA gambar, lagu dan video... Sakit hati! Nasib 2 keping I ada upload dekat IG dan FB. Penyelamat :'(
Family portrait <3 |
Entah kenapa lah kena format balik memori sampai hilang SEMUA gambar, lagu dan video... Sakit hati! Nasib 2 keping I ada upload dekat IG dan FB. Penyelamat :'(
No comments:
Post a Comment