Nuffnang Ads

Wednesday, October 29, 2014

Peristiwa 18.10.14

Hari penting ni! Pertama kali I menjejakkan kaki untuk temuduga jawatan Gred 41. Sebelum ni hanya 17 dan 27 sahaja. Dan pertama kali itulah, memandai pergi tick pada Putrajaya, dahhhhhh kena pergi ke Putrajaya sesudah Subuh. Kan jadi satu keje tu...

Tak nak cerita panjang, tapi, belum tentu panjang ke tak cerita I ni. Kalau ikutkan selalunya memang panjang. Ok stop!

Dalam jam 7.00 am, Sayang memandu sampai kecut perut jugak. Dari Seremban bayangkan, 7.45 am kami dah tiba di parking di Parcel C. Fuh fuh fuh. Jangan itu machiamm la Sayang.. Seram! Macam biasa, bukan main ramai. Sama je macam masa I nak ke taklimat peperiksaan online tu. Tapi mungkin kali ni I awal dan parking belum penuh. Dekat kawasan parking macam-macam jenis calon temuduga I dah saksikan. Maklumlah, kami siap makan roti dulu buat lapik perut. Breakfast adalah penting untuk memulakan hari ye, ingat tu kawan-kawan.
Dari tingkap Aras 6, Blok C7... Banyak kan kereta???!!! 
Selepas berjalan terketar-ketar ke Blok C7, kami kena naik pulak ke Tingkat 6. Apa yang I boleh kata, proses pendaftaran untuk pusat temuduga adalah seperti berikut :
  1. Surat panggilan temuduga yang telah dicetak dari email atau laman SPA dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan
  2. Terus masuk ke ruangan menunggu, kalau boleh jangan jauh sangat dari petugas kaunter pendaftaran nanti bila nama dipanggil tak dengar
  3. Hampir setengah jam, I menunggu nama dipanggil
  4. Sambil tu mata melilau melihat Bilik Temuduga yang banyak dari A hingga S. Fuh!
  5. Masih lagi menunggu nama dipanggil untuk ke bilik yang ditetapkan
  6. Bila nama dipanggil dan nombor pun diberikan, terus ke Bilik Temuduga yang ditetapkan
  7. Nombor I ialah D408, semoga mendapat tuah dari nombor ini
I dilayan jam 10.03 am...
Sepanjang tempoh menunggu, macam-macam pressure di luar. Calonnya mungkin beratus orang, ada yang menghafal nama DYMM Yang DiPertuan Agong, ada yang sedang menghafal 7 Strategi bagi Bajet 2015 dan tak kurang juga ada yang sedang berzikir. I masuk ke Bilik Temuduga tepat jam 10.03 am. Sesi temuduga berlangsung seperti biasa. Jangan ditanya apa soalan yang ditanya. Ada calon ditanya berkenaan Menteri Kabinet, ada calon ditanya berkaitan Integriti dan ada juga calon yang ditanya berkaitan Misi dan Visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Haaa, jawablah! 
Fiwit! Pakai tudung purple
Sesi temuduga I hanya berjalan selama 11 minit mengikut perkiraan jam Sayang yang setia menanti I di saat I ditemuduga. Rasa sekejapnya.. Tapi bila di dalam bilik memang rasa macam 4 tahun je. Bila lah nak habis, bila lah nak habis! 

Itu sahaja pengalaman yang dapat I ceritakan. Dengan calon seramai 30k dan lebih seluruh Malaysia, pengisian seramai 200 orang sahaja, rezeki dari Allah jua yang berkuasa dalam menentu dapat atau tidak jawatan yang ditemuduga. I hanya bertawakal, kalau dapat, Alhamdulillah... 

Cuma sekarang, I hanya fikirkan Mama yang berseorangan di Seremban... Entahlah, kalau dapat macam mana dengan Mama....
Brader ni kental teman I sampai ke sudah :) Love u!

No comments:

Post a Comment