Nak kurus tapi malas bersenam? Nak bersenam secara konsisten tapi tak ada masa? Jangan bimbang, semuanya boleh dilakukan dalam sekelip mata. Tanpa produk, tanpa keluar ribuan ringgit, tanpa perisa tambahan! Boleh, percayalah, kita semua boleh. Nak tau caranya? Sila baca entri ini selanjutnya, pasti puas. Hahahahahahaha gelak dululah!
Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan kawan-kawan sekalian, berdirinya I disini pada hari ini sambil menaip ialah ingin membentangkan satu topik yang agak berat bagi orang yang malas. Termasuklah empunya diri yang kadang-kadang tak berapa nak rajin tapi memaksa diri untuk jadi rajin. Hurmmmmm.
DISIPLIN. Penting sangat-sangat ni. Antara yang terpenting di antara yang terpenting. Lagi-lagi dalam usaha nak menurunkan berat badan. Nak kurangkan makan, dah berjaya berpuasa dan berdiet Atkins. Takde masalah untuk mengurangkan makan. Tapi nak bersenam ni, macam mana eh? Sebelum ni pernah jugak I up dekat sini berkenaan KENAPA SEGAN untuk bersenam :) Sebabkan dah tak segan untuk bersenam, hari ni jom tengok pasal DISIPLIN pulak la eh.
Bila kita dah dapat mengatasi rasa segan dan malu-malu untuk bergelek di hadapan orang, mahupun berlari ataupun mengangkat berat dengan mendaftar di gymnasium yang paling hebat di bandar kita atau bahasa omputihnya ada menyebut, 'THE HOTTEST GYM IN TOWN' dan kita pun rasa takdelah malu sangat kan. Siap dengan Personal Trainer, khelas u all! Tapi, dalam sebulan, setelah ditolak hari kena kerja lebih masa di pejabat, hadir meeting sana sini, ada kenduri sepupu belah Ayah dan birthday party anak kepada office mate, adalah dalam 3 kali je kita ke gym itu. PEMBAZIRAN namanya itu kak....!
Lain pulak ceritanya bila ke taman-taman rekreasi yang menyediakan kemudahan aerobik secara percuma atau, tersedianya alatan senaman di taman-taman atau, adanya perkhidmatan menyewa basikal di lake garden, adakah kita akan menggunakan kemudahan kesemuanya itu secara bersungguh-sungguh? Sama je, dalam sebulan, setelah ditolak hari hujan, hari kena kerja lebih masa di pejabat, hadir meeting sana sini, ada kenduri sepupu belah Ayah dan birthday party anak kepada office mate, adalah dalam 2 kali je dalam sebulan (sebab free kot) kita ke taman-taman itu.
Dekat sinilah kita kena tengok yang DISIPLIN itu memainkan peranan penting. Kita ke gym berbayar, untuk dapat t-shirt dan beg yang cantik, bila berjalan, chewahhhh, siap bawak ke sana sini. Perginya idak! Bayar PT bukan main, nak yang level-level artis tapi nak ke gym nya liat. Bagi alasan macam-macam. Alahai, macam mana tu?
Sama jugak dengan DISIPLIN ke tenpat-tempat yang menawarkan perkhidmatan yang kita mampu pergi dan ada kalanya ia percuma. Mentang-mentang lah free, ala esok lah, ala esok lah, ala esoklahhhh. Takpe, tak pergi pun tak rugi apa-apa. Bukan kita yang membayar. Hahaha, jangan tipu! Ada kan yang peel macam ni :D
Marilah berdisiplin. Jangan cuma nak membaca dan menonton kisah kejayaan orang lain dalam menurunkan berat dan menyihatkan badan. Kita coretkan kisah kejayaan kita sendiri. Yang penting tanamkanlah sifat mulia, iaitu BERDISIPLIN. Sebagai umat Islam, kita pun perlu berdisiplin bila nak mengerjakan solat, mengerjakan ibadah puasa dan mengerjakan haji, hanya menyebut beberapa contoh. Setiap ibadah ada aturan dan masa-masa yang tertentu. Itu kan melatih kita supaya menepati masa dan tidak sambil lewa. Macam itu juga dengan bersenam.
Jadikan DISIPLIN dalam diri satu tabiat biasa. Supaya kita tak ketinggalan jauh ke belakang. Orang dah kurus, kita masih di jarum penimbang yang lama. Malah, ada pertambahan 3 ke 4 angka kilogram. Hahahaha macam I je tuh! In shaa Allah, ada keyakinan diri, ada matlamat, ada doa dan tawakal, kita boleh jadi DISIPLIN juga :)

Sumber gambar : Google |
No comments:
Post a Comment