Nuffnang Ads

Thursday, October 30, 2014

Tenanglah Di Syurga, Sayangku Bobby

Hari ni I betul-betul terkejut dengan berita kematian Bobby secara tragis depan mata Mama. Allah... terketar-ketar suara Mama masa bagitau Bobby dah mati. I terkejut juga. Tapi bila Mama cerita, adoiiii, memang tak boleh tahan. I memang tak sangka Bobby akan mati macam tu. I sebenarnya, tak sangka yang Bobby akan mati!

Bobby ialah anak kucing peninggalan Cinonet yang dah hilang tah kemana selepas pregnant semula. Mungkin dia pergi beranak dan terus lost. Ada entri I sebelum ni yang menceritakan pasal Cinonet Anak Lima yang comel-comel belaka. Bobby ialah Abang Long yang paling manja, paling lemah lembut, paling besar badan berbanding yang lain dan paling matang suaranya. Bila yang lain masih dengan suara lemah lembut lemak merdu, Bobby punya suara dah besar,,,
Yang putih tu Bunny, yang peluk Sylvester tu Bobby... Love you both!
Bobby ni diharapkan sebagai bodyguard kepada adik-adik yang lain selepas anak Cinonet yang paling gangster iaitu Bunny dah mati dilanggar kereta, bulan lepas. Bunny pulak paling ganas sebab masa kecik-kecik dia yang mula berjalan, paling lasak dan paling kuat. Tough sangat. Tapi bila nampak dia terkulai... rasa luluh air mata 
T__________T

Antara karakter Bobby manja yang paling I sayang ialah bila kita timang dia nanti kepala dia akan senget-senget dan lembik terus badannya nak baring atas dada I. Terus pengsan atas kita. Alaaaa, bukan I je yang terasa pemergian Bobby, Sayang pun sakit hati dengan cara Bobby pergi... Ada seekor anjing liar ni memang selalu sangat lalu lalang depan rumah Mama. Pada mulanya anjing tu dah datang, sempat Bobby dan Suzy lari masuk rumah. Lepas tu gatal, diorang pergi tidur dekat luar, terus anjing tu ambush diorang dan Suzy sempat lari. Bobby tak sempat.... Anjing tu gigit badan Bobby tak mau lepas dan Mama pun sempat pukul anjing tu dengan payung tapi tak dilepas jugak. Allah............ Sabarlah Mama... 
My precious one, Bobby manja Samani ye anak kushing Samani tewww!
Bobby, nanti lepak dengan Shipitam, Bunny, Jojo, Miyu dan baby-baby lain yang tak sempat membesar tu ye, tunggu Samani dekat syurga ye sayang. Duduk sana diam-diam dan elok-elok.. Jangan notty sayang... Kirim salam dekat Shipitam kata Samani rindu gile... I love you sayang-sayangku... Tunggu Samani nanti tau... Jangan lupa Samani. Semoga Allah pelihara semua sayang-sayang Samani yang dah pergi mengadapNya... Amin....

p.s. Serius hari ni memang mood sedih lagi-lagi hujan ni.. Balik kerja terus nak ke rumah Mama dan tanam 2 ekor sekali anak kucing. Ada lagi sekor tu, jiran punya tapi dibiarkan je mati tak bertanam,,,

No comments:

Post a Comment