Mungkin ramai yang salah faham, bila mereka Google search mengenai Diet Atkins, mereka akan menemui link yang I post kan hampir setahun yang lepas mengenai proses ketosis yang I alami. Post berkenaan adalah :
Ye, memang betul pada bulan Mac tahun lepas, 2015, sempat I mengamalkan Diet Atkins hampir sebulan. Bersama-sama dengan aktiviti fizikal, I berjaya sangat-sangat turunkan berat badan. Hampir sepanjang masa terluang, I menyertai aktiviti Zumba, joging dan setiap minggu menawan puncak Bukit Broga. Kawan-kawan, dengan mengawal pemakanan kita, kurangkan karbohidrat dan manisan, in shaa Allah, hasilnya sangat memuaskan. Aktiviti fizikal untuk memastikan kita get in shape. Takdelah nampak lembik badan kita ni. Maaf, sekadar menggunakan bahasa pasar sebab I tak paham penggunaan bahasa saintifik.
Malangnya, pada bulan April, I telah mengalami satu kemalangan yang sangat tragis bagi I sebabnya dah kira teruk sangat. I waktu tu bercuti sakit sehingga 2 minggu. Boleh baca disini :
Lutut I dah tak sekuat dulu, doktor kata bengkak sebabnya baru lepas kena langgar. Bila x-ray, takde apa-apa patak atau retak dan sewaktu dengannya. Kalau sakit lagi, maknanya kemungkinan ada ligamen yang koyak. But, yes, until now, the pain is still there. I can't even climb stairs, can cause my right knee feel very painful. Tangga pun tak boleh naik, apatah lagi nak naik bukit dan berjoging. Zumba? Lagi laju step, tak terkejar I dibuatnya.... Cuma yang selamatnya, tangan yang koyak-koyak ok je semuanya. Masa bengkak teruk tu memang sakit la. Sekarang getting better. Parut masih ada, I akan ingat sampai bila-bila.
Semua yang I usahakan menjadi sia-sia. Banyak gila painkiller masuk dalam badan I waktu tu. Kalau takde memang sakit lah. Nafsu makan jadi melonjak naik. Ditambah lagi dengan acara nak TTC hehehe. Walaupun I ada temujanji dengan Klinik Diet tapi semuanya rasa macam sia-sia. Pemakanan I tak terkawal. I naik berganda-ganda. Perancangan Allah tiada tandingan. Dengan kesakitan yang I dapat, perniagaan menjadi-jadi. Alhamdulillah.....
In shaa Allah, selepas ni Diet Atkins akan diteruskan semula. Diharap I berjaya dengan diet kali ni, Macam mana I pernah sukses tahun lepas. Perniagaan kecil-kecilan pulak sekarang under control. Tak macam mula-mula, serabut sikit hihihi. Lepas ni punye cerita nanti I share lagi ye. Perancangan tu ada. Pelaksanaan tu masih dalam progress. In shaa Allah, I tolak nasi sekarang. Semoga dipermudahkan. Aminnnnn.
And lastly, ye, I ada PCOS yang teruk. Period I menjadi semakin tidak regular dan hasil dari ujian darah yang doktor telah lakukan ke atas I, memang tiada ovum yang matang langsung. Di kesempatan inilah, I menyeru kepada semua sahabat-sahabat yang sedang TTC, jom kita turunkan berat badan dan makan seimbang. Jangan stress ye masa nak diet kena relax dan gelak-gelak. Sebab, makin stress makin lapar jadinya hehehehe. In shaa Allah kita semua boleh.
And lastly, ye, I ada PCOS yang teruk. Period I menjadi semakin tidak regular dan hasil dari ujian darah yang doktor telah lakukan ke atas I, memang tiada ovum yang matang langsung. Di kesempatan inilah, I menyeru kepada semua sahabat-sahabat yang sedang TTC, jom kita turunkan berat badan dan makan seimbang. Jangan stress ye masa nak diet kena relax dan gelak-gelak. Sebab, makin stress makin lapar jadinya hehehehe. In shaa Allah kita semua boleh.
gudluck awk! :)
ReplyDeletetime kasih :) teringin nk dpt princess comey mcm awk gak. amiiiinnnn~
Deletegood luck wanie...
ReplyDeletetq miss orked :) sama-sama kita ye...
DeleteHi wanie! I have the same problem with u! Bile awk mentioned broga, teringat plak broga pon menjadi tempat pilihan kami untuk cube lose weight..tp sejak elnino cuaca panas sgt ni dah lama tak pergi..btw, good luck !!
ReplyDeletehi sarah! aah dah lama tak memanjat Broga.. kaki sakit.. huaaaa! good luck to u too! to us :)
Delete