Na..na..na..na..! Ganu kitew! Haaa gitchew~
It was not really a vacation, but I would like to consider it as a vacation as we went to a few interesting places in Kuala Terengganu during our course trip for 2015. Tak kira lah, kursus pun anggap je vacation, tak mau stress sangat. Baru best kalo gitu.
|
Belanja gambar kitorang semua dulu |
Macam biasa, bergerak ke Kuala Terengganu jam 10.00 pm tayar bergolek dan tiba di Masjid Terapung jam 5.00 am. Alhamdulillah, dapat solat Subuh berjemaah di sana bersama-sama jemaah masjid. Dah sampai awal, takkan tak lapar, terus aje ajak driver bus cari tempat breakfast yang ada NASI DAGANG. Specific ok, dekat Seremban takde, time ni lah nak mencari sesuap Nasi Dagang. Hehehehe.
|
Brrrreakfast! |
Selesai breakfast, terus kami dibawa berjalan-jalan sekitar Terengganu. Yelah, nak check in jam 2.00 pm. Cuaca yang hujan sepanjang pagi menghalang sikit lah kami nak berjimba bergambar bagai. Sampai saja di Taman Tamadun Islam, memang hujan lebat. Serious potong sangat mood nak abadikan kenangan di sana. Confirm, kena repeat! Tapi jangan tak tau, Mood Republic telah mengembalikan semula mood kami semua hahahhahahaha. Jangan tanya apa itu Mood Republic. Sila Google. Maka, perempuan-perempuan ni semua gila la sekejap. memang masuk awal pagi hari pertama tu dapat free gift lagi. Lagi lah suka u ols! Kisahnya, I ternampak bunting sekitar Taman Tamadun Islam tu. Bergegas lah kami. I dan Syud adalah insan terawal yang turun dari bas dan terus berkejar ke Mood Republic. Rosak... Rosak...
|
Terjebak nihhhh hehehe |
Keluar je dari Mood Republic terus kami di bawa pulak ke Pasar Payang. Yang ni macam biasalah, tadi dah port akak-akak, now bagi chance makcik-makcik pulak perabih duit. I hanya berjalan dengan Syud, membantu Syud cari baju batik sepasang untuk suami isteri. I...? Dah selesai dekat Mood Republic tadi. Pfffttt! Dan selesai saja perjalanan di Pasar Payang, terus kami ke hotel yang sememangnya terletak beberapa meter saja dari Pasar Payang. Best kan?
HOTEL GRAND CRYSTAL, KUALA TERENGGANU
Kami hanya dibenarkan check in pada jam 1.00 pm dan kedudukan bilik telah ditentukan. I dan Dell dapatlah sebilik. Tengah-tengah antara Kak Ila dan Mor dengan Kak Lini dan Syud. Rasa selamat sangat hihihi. Bilik yang I duduk memang ok dan selesa sangat untuk 3 hari dan 2 malam. Alhamdulillah. Semua peralatan berfungsi dengan baik dan di bawah adalah gambar keadaan bilik.
|
Bilik air jadi gambar pertama ada simboliknya. Bagi I, pentingnya sesebuah bilik tu kalau ada bilik air yang selesa. |
|
Obviously, katil I yang belah kanan ye |
|
Hah, TV pun dah flat screen takdelah tube lagi |
|
Keseluruhan bilik. |
Dewan Kuliah yang disediakan juga selesa dan, sejuk sangat! Macam musim sejuk. Dahlah hujan dekat luar hehehe. Makanan juga ok. Mungkin I bukan jenis pengkritik makanan. I lahap apa saja. Daripada meal course yang biasa sehinggalah makan malam steamboat kami. Semua ok.
|
Keadaan dalam Dewan Kuliah |
|
Bosses :) |
PERJALANAN KURSUS DAN MAKAN MALAM
Berlangsung dengan baik sekali. Ilmu yang diterapkan amatlah berguna sekali. Perjalanan makan malam bersama Pengarah juga berlangsung dengan baik. Alhamdulillah, kursus kali ni I diberi peluang untuk menjadi MC untuk satu slot. Baru tau bertapa berdebarnya rasa. Hehehe. Terima kasih kepada MC jemputan yang berjaya memeriahkan suasana waktu makan malam bersama Pengarah. Walaupun bab makan ada kecoh sikit, ada lah sorang makcik tu tah hape yang tak puas hatinya. Tahun depan I reject nama dia kang padan muka hahaha tak baikkk.
|
Bahagian Pentadbiran |
|
Bahagian Kewangan |
|
Bahagian workstation 5S JKRNS kihkihkih multi-function kitorang nih! |
|
Amboi tudung merah tu bau Mood Republic hihi |
|
Bergambar sebelum meja bagai dilanggar garuda :) |
|
Cukup tunjuk gambar ni je. Gambar pertumpahan darah malas nak upload kekekekekeke |
Kawan-kawan urusetia I pun semuanya cergas dan berjaya membuat kursus menjadi manageable. Tak delah kelam kabut. Smooth jee. Hihihi. Apa pun, I still rindukan kursus yang dulu! Huaaaaaaa!
WARUNG POK NONG
Tidaklah kami berkursus aje sepanjang masa. Ada juga masa nak meneroka tempat orang. Alhamdulillah, kali ni dapat I jejakkan kaki di Warung Pok Nong yang terletak di Kampung Teliput, Kuala Terengganu. U all, kalau tak pernah pergi lagi, silalah pergi ye. Ya ampun, Dell sampai nak repeat ke Kuala Terengganu semata-mata nak makan sini. Gulp!
Konsepnya ialah CELUP TEPUNG. Kalau ke Kuala Terengganu, dengar orang kata ICT, bukanlah bermaksud information and telecommunications technology atau pun I-City berlampu-lampu macam dekat Shah Alam ye. Di sini, ianya membawa maksud IKAN CELUP TEPUNG. Haaa, di Warung Pok Nong ni lah salah satu tempat makan ICT dan makanan lain yang CT gak yang famous. Jangan tanya I direction please... Sebab kitorang bas yang bawak. Tolong Waze ye. Hehehe thank you.
|
Nampak tak orang dah beratur panjang tu. |
Senang cerita, ada udang, ikan, sotong, telur sotong yang dicelup tepung. Bukan tu saja, keropok lekor pun ada. Dan paling marvelous, sos dia, memang resepi sendiri. Jemputlah tengok gambar sikit-sikit. Kalau nak lebih lanjut, kena jejakkan sendiri ke Warung Pok Nong. Amboi, promote lain machiam ni hehehe nak bodek letak popcorn pulak kot. Jangan jadi popcorn celup tepung udahhh. Hihihi.
|
Arghhhh! Bestnye udang tuh! Sos pun best! |
|
Makanan-makanan ni lah punca I dan geng paling lambat naik bas kekekeke. Sorry u ols! |
Hari terakhir berkursus, kami dibawa ke beberapa gerai yang menjual sata ikan. Memang favorite lah! Kenyang makan sata je. Macam biasa, setiap hentian turun merasa sata ikan. Wakakaka. Bukan seminggu sekali datang Terengganu, agak-agak la kan. Mestilah act tourist sikit. Kekeke
|
I pun dah tak ingat ni dekat mana, Kemaman mungkin. |
|
Kitorang dari kurus kering terus jadi bebola bila sampai Terengganu asyik makan makan makan. Hahahaha |
|
Salah satu port yang jual sata ikan jugak. I tak turun sebab period pain huaaaaaa potong. Layan laut je lah... |
Sekian, terima kasih. Hehehe.
No comments:
Post a Comment