Nuffnang Ads

Thursday, August 21, 2014

Majlis Warisan Raya 2014 JKRNS

Alhamdulillah selesai dua majlis. Sebelah paginya, Majlis Perasmian 5S dan Anugerah Tokoh-Tokoh. Sebelah tengaharinya barulah makan-makan besar diadakan. I memang tak terlibat secara langsung dengan majlis sebelah pagi, cuma, jaga pendaftaran dari daerah dan penerima-penerima sijil. Semuanya berlangsung macam biasa. Hebat-hebat semuanya warga JKRNS :)

Jaga pendaftaran je :) Tak dapat apa-apa sijil pun hahaha
Pengarah bersama barisan Ketua Penolong Pengarah dan Jurutera Daerah JKRNS
Untuk jamuan hari raya atau nama rasminya, Majlis Warisan Raya 2014 JKRNS, memang meriah! Terasa betul suasana hari raya bila berada dalam Dewan Serbaguna, Wisma Negeri. Walaupun dah 24 hari berlalu dalam bulan Syawal, kemeriahan Aidilfitri tetap diteruskan. Dengan lagu rayanya, dengan decor yang bestnya, terima kasih seluruh warga kerja Bahagian Arkitek JKRNS yang bertungkus-lumus menyiapkan dewan yang pada mulanya kosong saja, jadi meriah sangat. Paling syok sebab ada karaoke dan ada photo-booth yang bertemakan hari raya. Makanan pulak bermacam jenis, fuhhhh, kenyang!
Silakan...... 
Gedik-gedik bersama Kak Ija
Gambar dari kamera Kak Shida :)
Sebenarnya, selain dari makanan, perkara yang paling bahagia masa jamuan raya JKRNS ialah kehadiran rakan-rakan lama dari seluruh Negeri Sembilan. Bila dah jumpa yang dirindui, mulalah nak bergambar. Bila dah bergambar, itulah data pun habis sebab sibuk send sana sini gambar guna WhatsApp. Betul kan? Semua jabatan dan kementerian macam itu. Setiap kali jamuan, semestinya kawan-kawan lama dicari. Masa tu bertukar cerita, ber'selfie', bergelak ketawa dan kutuk mengutuk (strictly untuk yang rapat sahaja, kalau baru-baru kenal jangan main sedap mulut je nak gurau melebih-lebih hehehehe) untuk merapatkan lagi kasih sayang sesama rakan sekerja.
Wondergirldix berlima je
Hajar-ghaib tah kemana, Ain-cuti bersalin, Fura-dekat Kuantan
Daerah-daerah lain dan bahagian-bahagian lain tak kurang hebatnya dalam menjayakan jamuan raya ini. Macam-macam gerai dari diorang, Cendol Songkok Tinggi, Apam Johol, Cucur Udang Alor Gajah, Rojak Bus Stand Pilah dan pelbagai makanan rutin yang biasa seperti mee rebus, lemang, rendang, buahan, laksa, sate dan nasi impit. Mula-mula tu malu jugak nak berjalan dari gerai ke gerai, tapi nafsu menguasai segalanya. Habis semuanya disenduk, diratah, dicubit dan dirasa. Kesian perut. Kesian diet. Meraung-raung penimbang tu dek sebab sehari yang meriah ni. Hehehehe.
Belanja gambar dalam dewan sikit
Dan jangan tak tau, gegerl-gegerl semua hebat dengan costume masing-masing. Baju raya paling indah mesti jadi pilihan kalau tiba hari jamuan. Semuanya sebab nak bergambar dengan rakan-rakan dan bos-bos. Gambar kitorang banyak tau! Jangan main-main. Kalau upload semua dekat sini nanti jammed pulak blog I. Hahahaha. Apa pun, dekat sini I sertakan jugak sikit gambar jamuan kami yang indah dengan tema WARISAN.

Yay!

No comments:

Post a Comment