Nuffnang Ads

Tuesday, December 23, 2014

RSVP : Sambutan Tahun Baru 2015 Bersama KEG

Havoc! Mesti nak kena join ni. Bayaran murah. Instructor hebat-hebat. Participants yang sporting belaka. Dan malam yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaanjang! Baru dapat info pada malam Sabtu yang lepas. Bila Kak Ena buat announcement berkenaan dengan adanya sambutan tahun baru bersama KEG Group dan ianya bertemakan RETRO! 

Instructor yang hebat-hebat ini dibawakan khas oleh KEG Group dan pastinya puas. Untuk sambutan malam Merdeka yang lepas, Kak Eija menjadi instructor jemputan dan memang best! Siap ada nyanyian lagu Merdeka dan bunga api tau. Kali ni 5 instructor bakal menggegarkan KOMBES Paroi. Rugi lah kalau tak join. Frankly, rugi sangat. Sedangkan Kak Ena sendiri yang buat aerobic tu dah best, inikan pulak ada jemputan khas. Lagi lah bergegar lelemak I nanti hahahaha. Actually, KEG ni memang selalu buat tema-tema ni untuk bagi kita semua enjoy. I tak pernah pakai tema sebab maluuu hihihi. Walaupun hati meronta nak pakai jugak hihi. Ok gedik pulak.

Warga Seremban! Tak perlu turun ke KL untuk sambutan tahun baru. Setakat tengok persembahan artis dan tunggu bunga api selama 10 minit. Its not worth your money, your health and your time. Let's stay healthy. Susah sangat rasa nak jogging, kita dance 3 jam dengan bayaran RM5 sahaja!. Ini bukan macam Zumba Party yang memerlukan kita bayar RM50 ke RM80 untuk 2 jam saja punya keriangan dan sedikit Lucky Draw untuk yang betul-betul lucky sahaja :) 

Ini adalah sambutan tahun baru yang luar biasa dan lain dari yang lain. Tak perlu malu kalau tak tau step, KEG buat step lain-lain setiap minggu, kami pun masih terkial-kial. Tak perlu segan kalau takde kawan, I pun pergi sorang je :) tak perlu kawan-kawan sangat pun, kakak-kakak dekat sana mesra alam semuanya. Tak perlu risau nak bawak sekeluarga, ada playground untuk anak-anak, ada gymnasium untuk bapak-bapak, dan padang sintetik juga. Tak perlu risau lapar, ada je kedai makan, cakap saja, waffle, burger, aiskrim pun ada.

Sambutan ini terbuka pada semua. Tiada had pada umur dan jumlah penyertaan. Lelaki perempuan semua boleh sertai. Ajak sekampung, setaman, sekolej dan sekeluarga seperti ketetapan berikut : 

TEMPAT : KOMBES Paroi, Seremban (betul-betul depan padang sintetik tu)

TARIKH : 31 Disember 2014 - 1 Januari 2015

HARI : Rabu

MASA : 9.00 pm - 12.00 tengah malam

BAYARAN : RM5 sahaja setiap orang

TEMA : RETRO! atau pakaian sukan pun ok. Kita pakai baju warna Pink untuk Hari Rabu

HAD UMUR : Tiada had umur dan jantina

Amboi besaunya tulisan di atas ni hahahaha!

Jom lah. Jangan malu jangan segan. KOMBES Paroi tu untuk kita semua. Kalau segan jugak tak tau lah hahahaha. Eh lupa nak pesan, jangan lupa bawak air banyak-banyak tau. Sebab haritu 3 jam memang tak cukup I minum 1 liter tu. Maybe I kena bawak 3 liter kot. Hehehehehe. Haus!

No comments:

Post a Comment