Nuffnang Ads

Tuesday, August 26, 2014

RSVP : Hadir Peperiksaan KPSL N27

Saje nak mencecer kan, pergi exam N27 pun nak RSVP gituuuuu. Bak kata diri sendiri kepada semua orang, blog I, I punya sukalah, kalau tak suka sila unfollow. Camtu boleh? 

Exam ni ada 3 bahagian, sebenarnya I dah lulus 2 bahagian yang lain 3 tahun yang lepas. Ambik sekali je dapat lulus 2 bahagian kira oklah kan. Untuk peperiksaan kali ni, I perlu meluluskan diri sendiri untuk bahagian B, iaitu Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan PKPA, yang mana, bahagian ni semua kawan-kawan lulus dan I pulak boleh kandas. Best kan?

Oh, kali ni kan I kena menduduki peperiksaan jauh la pulak dekat Politeknik Nilai. Ada beberapa orang jugak kawan-kawan yang dapat jauh macam I, tapi semuanya berlainan bahagian. Kalau ada sesiapa yang kena dekat Politeknik Nilai bolehlah kita geng nanti ye :) Macamlah boleh meniru. Hahaha. Buku pun I belum tandakan lagi. Bagi senang nak cari jawapan. Macam biasa, peperiksaan Kerajaan ni senang sebab boleh bawak buku. Tapi tetap tak lulus tu kenapa yek. Kikikikiki!



Doakan I ye..

No comments:

Post a Comment