Nuffnang Ads

Tuesday, July 8, 2014

Zaman Anak-Anakku

Tidak selamat langsung. Ramai penculik, pendera, pembunuh, perogol, malah, peliwat. Risau tak? Anak-anak kita bakal membesar dalam dunia yang penuh dengan.... Tak tergamak nak digelarkan binatang kerana, sekarang, binatang lagi kasihkan anaknya, lebih melindungi puaknya dan pentingkan keselamatan jenisnya dari haiwan pemangsa lain. Malu sungguh dengan binatang...

Ingat tak dulu, kalau ibu-ibu nak memasak, ditulis satu kertas kecil, diselitkan wang yang cukup-cukup dengan perkara yang hendak dibeli. Lebih, buat upah. Seiringan ke kedai, kadang tu bawa adik, kadang tu laungkan kawan dan minta diteman. Barang sudah dibeli, tapi masih ralit bermain dengan kawan-kawan. Letak sekejap santan, gula, bawang dan cili di tepi longkang. Nampak dek ibu, dijerit sampai tersentak. Terus berlari pulang.... Itu DULU, selamat... Kedai Pakcik Musa takde, patah ke kedai Aci, masih takde, jom pergi Klang Gate! Tiada rasa gentar, ibu dan ayah dengan yakinnya melepaskan anak-anak berjalan sendirian. Pergi kedai je pun... Cuba diulang sekarang, perbuatan membiarkan anak ke kedai sendirian. Cuma satu pesanku, JANGAN MENYESAL...

Ingat tak dulu, beramai-ramai berjalan kaki ke sekolah. Main panas, main hujan, main banjir. Tak peduli disebat ibu, tak heran dirotan ayah, asalkan hati puas bermandikan hujan. Keluar seawal pagi, dengan kawan-kawan. Balik tengahari, dikejar anjing, masih gagah berlari sambil ketawa. "...tab bat ya daaaaaa..." Siapa pernah? Kerna dulu, sekolah dekat dengan rumah, tidak kisah mutu guru, guru tetap guru, kami masih berjaya, tidak kisah prestasi sekolah, kami berjaya juga menjadi yang profesional, malah atlit, dan tidak kisah peratusan kecemerlangan, kami bangga, walaupun 3A 1B dalam UPSR dah dikira hebat. Kalau jauh pun sekolah dihantar, akan disumbat dalam asrama. Sekarang, hendak dibagi anak berdikari, jangan silap langkah. Banyak mata-mata yang memerhatikan. Dari atas ke bawah, mungkin membayangkan luar dan dalam anak kita, baik lelaki, baik perempuan. Sekarang, "Oh emaknya, rasanya sekolah di kampung ni tak bermutu, moh hantar ke bandar lah, Ayah sanggup jemput pergi dan balik..." Untunglah anak-anak... ITULAH SEKARANG....

Ingat tak dulu, mana reti selfie, upload dan like. Petang, sarung roller-blade dan kayuh, kayuh, kayuh sampai letih. Pulang untuk mandi, bersiap pulak ke kelas mengaji. Di bulan Ramadhan, "haaa budak-budak ni dari bising meh tolong Acik siapkan moreh ni..." Solatnya 8 rakaatnya, kegembiraannya sampai ke solat Subuh rasanya. Anak-anakku kelak, seharian dan semalaman di depan gajet, lupa untuk bersosial. Jangan LUPA UNTUK BERSOLAT...

Ingat tak dulu, budak-budak Melati lawan meriam buluh dengan budak Klang Gate. Yang lelaki bersemangat membakar meriam, yang perempuan bertepuk riang. Tepat jam 10, sesudah moreh, terus ayah panggil pulang. Dengar dari rumah, bibir berketap, hati meronta nak bersorak! Perempuan, duduk rumah... Anak-anak millenium, baru main mercun bola dah putus semua jarinya. Sayang, jangan di'adjust' semuanya. Cukuplah kalau begitu, itulah ia. Tak perlu tunjuk hebat, kerna kami dulu lebih hebat. Puncanya mercun merbahaya? Dari mana datangnya agenda penyeludup ini untuk merosakkan anak-anak kita? 

Takut kan... Nak besarkan anak, modalnya tinggi sekarang. Dari botol susunya hinggalah ke stokinnya. Kerana duit, sanggup manusia berbunuhan. Takut kan... ibu dan ayah ke pejabat, anak 'buat kerja' di rumah. Paling hebatnya dosa, dibuangnya hasil 'kerja' yang sempurna sifatnya itu. Dan dosa-dosa ditanggung oleh...? 

Allah, bantulah kami....

Sesungguhnya kami takut, takut pada kemurkaan Allah. 

Berdoalah, Allah sayang orang yang sentiasa mengingatiNya. 

-waniesamani-

No comments:

Post a Comment