Semuanya atas Allah, semuanya dengan keizinan Allah, semuanya dengan hebatnya aturan Allah. Dalam salah seorang dari kami menuju kebahagiaan, datang pula mendung hitam di dalam kalangan KAMI jugak. Sedih tak tau nak cakap macam mana. Baru dapat pendahuluan cerita dari empunya badan yang menanggung segala keperitan setelah sekian lama. Selama ni hanya hint yang dapat.
Allah... Tempoh hari, I rasa, dalam kawanan kami, hanya I yang akan diuji teruk, hanya I yang akan menghadapi kekecewaan, hanya I yang rasa loser sangat. Allah menunjukkan kebesaran dan kebenaran dalam semua kuasaNya. Dalam kawanan ini, 3 antara kami pernah diuji dengan rumahtangga. Dan kami redha, sentiasa ada untuk satu sama lain. Hari ini, angkanya bertambah seorang, masih lagi mengalir airmata mengenangkan nasib kaum wanita yang selalunya ditindas.
Kerana kurangnya agama, rendahnya iman, rapuhnya taqwa, segala-gala boleh terjadi. rumahtangga yang dibina atas rasa cinta, diruntuhkan sekelip mata. Zuriat hasil dari kasih sayang yang tercipta, akan mendapat kesan daripada permasalahan ini. Ye, kami bukan isteri yang baik, seringkali I dengar ungkapan itu. Siapakah yang mencorakkan kami kalau bukan imam kami sendiri...
Untuk sahabatku yang jauh dimata tapi sangat sangat sangat dekat dan terkesan di hati, aku tau kau memang hebat dan tabah. Allah berikan ujian ni pada kau sebab kau mampu dan kuat dari segala faktor. Siapa tak sedih, semua kasih sayang dan kepercayaan dikhianati sekelip mata? Siapa tak terduduk, mendapat perkhabaran paling sedih dari orang yang paling dalam di ruang hati? Hanya kita yang mampu je akan rasa benda macam ni.. Bukan aku mendoakan yang tak baik untuk kau tapi bulatkanlah hati. Terima baiknya, terima buruknya, atas apa jua keputusan yang bakal kau buat. Mintalah padaNya sesungguhnya Allah sangat sayangkan kita melebihi sayang kita pada apa jua. Jangan pernah takut dengan status kemudian, jangan pernah takut dengan keadaan sebagai ibu tunggal, sentiasa ada rezeki Allah untuk kita kelak. Kau lebih tahu apa yang kau mampu, kau lebih merasai sakitnya dari aku, dan, kau juga sendiri yang boleh menimbangkan segalanya untuk diri sendiri.
Untuk mereka yang berkenaan, berhenti lah melakukan kesakitan terhadap rumahtangga orang lain. Balasan dari Allah tak kenal waktu, tak kenal usia, pasti akan berlaku. Muka yang kacak, wajah yang cantik dan menawan pasti digilai ramai tapi jangan lupa, yang muda juga pasti tua. Tak kira apa jenis ubatan atau bahan kimia perangsang kecantikan, pasti akan pudar....
Bersabarlah sahabatku
Bersabarlah sahabatku
For you... :'( |
No comments:
Post a Comment