Tahun ni adalah Ramadhan kedua kami bersama-sama. Segar lagi dalam ingatan, Ramadhan yang lepas, berpuasa bersama, berbuka bersama, bersahur bersama dan ke masjid bersama-sama. Semoga tahun ni pun akan diperkenankan Allah untuk kami berdua bersama lagi buat aktiviti biasa tu. Cuma kelainan dari tahun lepas ialah, tahun ni kami suami isteri. Tahun lepas kawan-kawan ajeeee. Muahaha~
Tahun ni berbeza sikit, dah jadi isteri SiDia, ada keluarga mertua. Masa kena bahagi banyak sangat. Tapi, masa berdua tetap kena ada. Mujur, rumah keluarga dekat-dekat. Takdelah gaduh sangat. Waktu raya pun nanti, senang.... Ada jugak perkara yang tak berapa best, SiDia kerjanya ikut shift. Alaaa, maknanya tak tentu la bila kerjanya, siang ke malam ke petang ke double shift ke. Redha, asalkan ada masa untuk bersahur dan berbuka sama. Kalau waktu sahur atau berbuka tu SiDia bekerja, akan I usahakan jugak untuk makan bersama. Tetiba rasa sedih....
Ramadhan tiba lagi, sekali lagi kita akan diuji. Kali ni dengan fenomena El Nino. Panas dan lencun berpeluh. Tambah lagi dengan jerebu. Allah... Semoga kita semua bermuhasabah diri dan kembali bertaubat kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan kita berpuasa nanti. Aminnnn~
No comments:
Post a Comment