Nuffnang Ads

Monday, June 2, 2014

Berbahagialah Sahabat

Sampai ke syurga hendaknya... Untuk pasangan Izan dan Wawa, satu aje pesanan dariku, ini hanyalah baru permulaan. Permulaan bagi kebahagiaan, kesempurnaan dan pancaroba duniawi dan syurgawi. Tak mudah untuk kita hadapi apa yang Allah telah turunkan. Tak mudah juga nak hadapi segala prasangka orang pada kita. Hanya kita, diri sendiri yang patutnya redha dengan apa yang telah tertulis untuk kita.

Saat diijabkabul :) I pun nervous time ni.
:)
Pada 30 Mei 2014, dalam jam 4.00 pm, bertempat di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat, Bangi selamat sudah Izan dinikahkan dengan Wawa oleh adik Wawa sendiri iaitu Jiji. Tak ramai pun hadir, keluarga sebelah Wawa dan beberapa kawan Izan. Segak dua-dua pakai rona kelabu. Cuma sayang la takde official photographer sebab wasa dah bermekap cun meletup.

Adam dan Daddy baru.
I sebagai kawan yang hanya mampu menumpangkan bahu bila-bila masa Wawa perlukan sangat bersyukur dengan pernikahan ini. Tamatlah segala spekulasi dan andaian yang berkaitan dengan Wawa lepas ni. Semoga Wawa dan Izan juga dapat menjadi ibubapa yang terbaik buat Adam. Hidup kita ada naik turun. Semoga Allah berikan semua kemanisan hidup berumahtangga kepada mereka.
Ehhh pengantin lama apesal over????
p.s. Sorry la Loccos aku tak dapat singgah opis ko sebab ko taknak blanje aku tudung Fareeda selai. Hahaha. Sorry bro, laki ku keje. Next time la aku g ye, dah tau opis ko katne.

No comments:

Post a Comment