Rindu tak terperi. I terlampau sibuk lately :( sampai tak ada masa LANGSUNG nak membaca. Geram mata memandang buku-buku dekat rak. Terbiar hampir berhabuk. Tak berusik. Terketar-ketar tangan bila pegang buku-buku tu sebabnya hati meronta ni lain macam sikit. Sebabnya kalau dah baca nanti akan continuous je tak boleh berhenti kecuali tidur hihi.
Aktiviti I sentiasa penuh lately sebab pindah rumah, pindah pejabat, kelas mengaji dan kelas aerobic. Alhamdulillah tak sunyi. Ada je perkara yang dapat mengisi masa lapang. Tapi itulah, sampai tak sempat nak membaca buku yang tersusun tu. Normally, waktu membaca I ialah pada waktu malam sebelum.tidur. Sekarang ni waktu malam diisi dengan mengemaskan rumah yang belum sudah lagi tu. Nak membaca waktu hujung minggu pun tak berapa ada masa.
Kebiasaannya, pada hari bekerja, waktu selepas balik dari pejabat terus I bekerja di rumah pulak. Mengemas itu ini dalam rumah. Hari Rabu dan Sabtu pula sibuk bersenam. Untuk hujung minggu, masa diisi jugak kali ni dengan kelas mengaji dan bersenam. Bila nak curi masa untuk membaca.
Time will heal everything. I nak setelkan semua perkara yang wajib dulu. Nanti barulah ada masa nak membaca buku. Nak ubat ketagihan yang mana, bila tak membaca rasa sepi, kosong dan kurang idea. Apa pun, I sangat sangat sangat sangat rindu nak baca buku huaaaaaaaa~
P.s. Sementara tunggu kain mesin dekat rumah Mama ni pinjam kejap baca ni bestt!!!
No comments:
Post a Comment