Berlangsung pada
13-15 Jun 2014. Syok! Puas hati! Diikutkan nafsu tu semua memang nak serba satu hahaha tamak. Tapi apakan daya, menumpang kasih Mama, dapat cekaulah apa yang patut dan betul-betul yang diperlukan. Dapat la secekau dua. Kalau bawak Sayang, tah-tah kitorang yang bercakau. Sungguh, memang
best jualannya.
|
Yang RM25 pun kain dah sedap, kalau RM65 ni... |
Sleep Focus ni terletak dekat Nilai, Negeri Sembilan. Kalau nak tanya I direction memang sumpah I FAIL gile... Tapi gudang dia terletak dekat sangat dengan Nilai 3 ala yang tempat u ols beli barang nak buat hantaran la beli langsir la beli lampu la. Kiranya dari tol Nilai, terus naik ke kiri yang jalan baru nak ke Nilai 3 tu lepas tu jalan terus je lepas nampak Nilai 3 belah kanan. Terus sampai hujung jalan dan belok ke kanan simpang yang paling last. Kemudian, akan nampaklah kenduri cadar, bantal, comforter, langsir dan tuala. Boleh naik gila.
|
Pilih Ma, pilih. Yang kaler grey tu macam blanket dan lapik untuk baby tau |
I teman Mama je. Cewah ayat camtu memang sejak azali terpacul dari mulut dan jejari ni. Padahal dah dengar kawan-kawan cerita sana best murah-murah lagi mau cerita teman Mama. Nak meringkaskan cerita, dekat
entrance je Mama dah sambar
doormat. Lawo, kaler
Nescafe. Sampai 3 pulak tu. Mananya tak, murah je
RM6 dan
RM10 untuk yang besar sikit.
|
Selonggok, murah-murah! |
|
Tengok Mama beli semua kaler camni. Hahaha |
Benda kedua ialah bantal, dari bantal kepala untuk tidur sampai ke bantal untuk buat sandar-sandar. Tebal dan selesa bantalnya, tenggelam kepala bila baring. Harga dalam RM22 oklah tu kan. Memang gebus je. Menyesal tak beli lebih. Ingatkan nak test-test je. Amekau, dah tutup pun jualan gudang tu. Huaaaa~ Ade jugak Mama beli kusyen macam bolster kecik tu dan satu bantal kecik polyester untuk kegunaan kucing barangkali.
Last but not least, dapat sambar dua
fitted bed sheet, satu kaler
peach lagi satu putih melepak.
RM25 sahaja harganya, dan ada jugak yang corak-corak tapi I tak berkenan. Pun sama harganya. Paling
best la tu, beli banyak-banyak untuk buat hadiah orang kahwin ke, hadiah untuk
birthday ke. Senang je. Ada jugak I tengok satu van penuh dengan cadar ni, rupanya mereka dari rumah anak yatim tapi tak pasti namanya... Alhamdulillah rezeki anak-anak ni.
|
Macam-macam kaler ade lagi tah nape dua beranak ni suka kaler ni ye |
Kenapa buat di tengah bulan macam ni? I telan air liur tengok langsir. Nak buat ganti langsir
sliding door. Langsir siang, langsir malam katanya. Hahaha. Apa yang I dengar, diorang buat setiap tahun.
So, tahun depan siap-siap kumpul duit untuk beli barang-barang ni je. Takpe ye sayang, tahun depan kita serbu sama-sama ok! Bagi I, jualan gudang ni sesuai untuk kami yang beru berkahwin ni, dekat rumah pun bantal ada 2 bijik je, cadar ade 2 helai je kiranya lari bertukar ganti la semua tu. Hahaha bolehlah beli murah-murah ni buat tambah stok.
|
Puas! |
No comments:
Post a Comment