Ya Allah... Makin banyak yang Allah dah tunjukkan kepada hamba-hambaNya kebelakangan ini. Kemusnahan negara, pertumpahan darah, kegagalan pentadbiran negara, masalah sosial dan macam-macam lagi perkara yang berlaku. Manusia juga semakin lalai dalam kehidupan seharian, semakin alpa dengan segala tanggungjawab kepada Penciptanya.
Terkesan betul dihati, Hari Berkabung Memperingati MH17 pada 22 Ogos 2014 yang lepas. Keberangkatan pulang anak kapal dan penumpang pesawat MH17 dari Belanda yang akan dikebumikan di bumi Malaysia. Akhirnya, mereka berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga, saudara-mara dan tahahair tercinta. Bagi kawasan Seremban, kami berkumpul di Dewan Theaterette, Wisma Negeri untuk menyertai bertafakur bersama seluruh Malaysia. Alhamdulillah, tepat jam 10.54 a.m, pengacara di KLIA mengumumkan seluruh negara bertafakur setelah semua jenazah dan abu mayat diletakkan di dalam kereta jenazah.
Terkesan lagi dekat hati bila melihat pertumpahan di Gaza, Palestin :'( Allah yang lebih mengetahui, yang lebih teratur segala rancanganNya. Kita sebagai hamba Allah sentiasalah berdoa kepada Yang Maha Esa agar dihentikan segala serangan dan diselamatkan semua umat Islam disana. Di Malaysia, pelbagai usaha menyelamatkan dan bantuan yang telah dilaksanakan dan yang penting marilah kita mendoakan kerana doa adalah senjata bagi umat Islam... In shaa Allah..
Semasa ketibaan jenazah di Malaysia, antara kejadian yang merentap jiwa dan raga I sendiri ialah bila sahabat baik kepada Allahyarham Ahmad Hakimi membuat solat jenazah sambil mendukung Abderrahman, anak kepada Allahyarham Ahmad Hakimi. Allah... sayu sangat hati. I even tak dapat menahan airmata pun bila taip benda ni, bila tengok, hati tu menangis. Apa la pula perasaan Asmaa (isteri kepada Allahyarham Ahmad Hakimi) kalau nak dibandingkan dengan I yang hanya menyaksikannya kerana yang mengalami pasti akan lebih terkesan hatinya...
Memang benar, kiamat sedang menyapa kita semua dengan kejadian yang menimpa. Mereka yang pergi sudah ditentukan Allah, untuk pulang ke alam barzakh sementara menunggu hari perhitungan tiba. Sudah habis segala dosa untuk dibuat di dunia, tapi, kita??? Masih lagi bergelumang dengan dosa dan fitnah. Kiamat sedang menyapa kita, kalau kita tidak berubah, bila lagi? Allah menyayangi mereka dan sebab itulah mereka semua dijemput dulu. Entah bila masa kita akan dijemput. Semoga Allah menyayangi I juga, dengan memberi kesempatan untuk I bertaubat.
Ok tiba-tiba jadi sangat sedih...
Allahuakbar... sedihnya hati I |
Baiknya dia, elok je bila kena dukung.. Allah Maha Besar |
Gambar-gambar diambil dari Google. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment