Nuffnang Ads

Friday, August 15, 2014

Nak Kurus : Kempen Tidur Yang Cukup

Kita selalu kaitkan nak kurus dengan jaga makan, bersenam, minum air kosong banyak dan tidur cukup. Alhamdulillah, makan semakin berhati-hati, bersenam ikut jadual dan air kosong kalau tak cukup sehari rasa kesat-kesat mulut ni. Masalah I hadapi ialah, waktu tidur yang tak menentu dan semestinya tidak cukup. Biasa kan macam ni? Mestilah... Lagi-lagi yang punya anak kecil.
 
Seminggu ditinggalkan kerana suami berkursus, I cuba disiplinkan diri dengan tidur yang cukup dan on time setiap hari. Best sangat rasa dia. Setiap hari jam 11.00 pm I confirm dah naik bilik dan tidur. Sebelum jam 7.00 am I dah celik mata. Dan berterusan sampai ke malam tanpa melelapkan mata terutama di waktu tengahari. Biasanya waktu tengahari tu waktu puncak kan yang mata akan selalu rasa macam berat. In shaa Allah kalau kita tidur awal, bangun pun awal, otak akan setting, tidur pada waktu malam saja seperti fixed time yang biasanya kita akan tidur.
 
Memandangkan I pun dah bermula dengan aerobic setiap Rabu, Sabtu malam dan Ahad petang, I betul-betul memerlukan tidur yang sangat luar biasa cukup bagi menampung tenaga yang keluar dengan banyaknya. Memang betul, sekadar menjaga makan tak menjamin kita akan kurus, sedangkan penggiat Atkins Diet juga memerlukan mereka bersenam. Nak bersenam perlulah rehat dengan cukup, maklumlah kita bukannya ahli sukan yang memang dibayar gaji untuk bersukan. Kita ada kerja hakiki sendiri dan ada tubuh badan untuk dijaga elok.
 
Tidurlah dengan baik. 6 jam dah mencukupi. Setting jadual elok-elok. Kurangkan berjaga malam, sebabnya bila berjaga nanti perut akan menjadi semakin lapar. Masa itulah kalau kita perhatikan kedai mamak dipenuhi pelanggan. We shouldn't be one of them. Lainlah kerana bekerja night shift, hanya akan tidur pada waktu siang. Maaf, I memang ada sekali saja kerja night shift sewaktu menjadi pekerja musim perayaan, di bulan Ramadhan. So, waktu siang tidur je hahaha. Most probably, memang lebih dari 6 jam!
 
Apa lagi, jom naik katil sesudah solat Isyak!

No comments:

Post a Comment