Namanya ialah Sharifah Nor Azilah, memang berbeza dengan nama we ols yang takde keturunan Syed ni kan hehehe. Walaupun lain sikit, beliau tetap Cima yang kitorang kenal since dia belum boleh berjalan, bercakap dan belum setahun pun! Inilah partner in crime I dan Adik, inilah teman bergaduh I dan Adik, inilah teman geng tengok TV dan menyepah rumah I dan Adik dan dialah satu-satunya adik perempuan I dan KakNgah kepada Adik. Kitorang membesar bersama, I la paling besar, I lah kepala kalau nak buat apa-apa. Rindunya zaman masa dekat hometown hari tu..
|
Cantik kan adik I ni :) |
Dulu-dulu,
Cima ni macam budak lelaki. I pun sama je naik. Dia kasar dan suka mainan Adik. Mungkin sebab dia dah bosan dengan mainan gegerl kot. Pernah berdarah jugak la kaki I dan masih ada parut, akibat berlari-lari dalam rumah
Cima yang ada kereta
(kenapa girl main kereta???? hahahaha) dan I tersadung. Ok itu sangat sakit sampai darah menitik-nitik tetap sambung bermain bahahahahaha. Sungguh nakal.
|
The whole family excluded Sayang, the photographer |
Those were the days, I masih lagi terkejut dengan kehadiran kad undangan perkahwinan Cima yang dibawa balik oleh Ayah, sebulan yang lepas. Fuyyo! Sungguh tak sangka. Budak kecik rambut kerinting dan kasar macam lelaki ni dah nak kawen. Alahai, I tetap rasa Cima masih adik-adik I lagi, yang suka bermain lari-lari keluar masuk rumah kami. Sedih pulak bila teringat, dulu rumah kami di Taman Melati adalah bertentangan pintu saja. Rumah flat kan pintu bertemu pintu. Kitorang memang sentiasa bila buka je pintu rumah masing-masing, dua langkah je cross antara rumah hahaha, tak Cima lari ke rumah I, atau kitorang terus lari masuk rumah Cima tak pandang kiri kanan dah. Cam gitulah ceritanya....
|
Cantik kaler baju pengantin ni ekkk. Hurmmmmm hahaha |
Yang paling teringat, masa zaman dah habis sekolah, budak 2 orang
(Adik dan Cima) ni dalam
Form 1 dan
Form 2 dan I sebagai
KakYong konon-konon nak bawak adik-adik pergi
outing padahal
dating! Hahaha. Bawaklah adik-adik ni ke
Sunway Pyramid, main
bowling.
Bestnyeeeeeeee!
Best sebab itu
first time la bawak adik-adik jenjalan hehehe macam kelakor pulak..
Now,
Cima dah kawen. Pada
24 Ogos 2014, kami sekeluarga bergerak ke
Nilai, Negeri Sembilan untuk meraikan majlisnya. Allah, dah besar adik I sorang ni. Cantik. Berseri-seri. Nampak
sweet gila. Dan paling syahdu, I masih pandang
Cima macam adik I yang ligat berlari sana sini,
Cima yang kasar macam lelaki dan
Cima yang rambut kerinting mengerbang rambutnya bila berlari sana sini. Allah... Rasa cepat sangat masa tu berjalan. Tahun ini usia
Cima dah 28 tahun usianya. Rupanya dah besar
Cima.
Uncle Said dan
Auntie Ruby pun nampak berusia sangat.
Cima cantik sangat dengan baju warna
tiffany blue memang nampak
soft sangat. Tak sangka, budak kecik yang dulu jadi rakan sepermainan dah jadi isteri orang...
|
Lovely |
Tahniah
Cima dan suami atas majlis perkahwinan korang ye. Tak ada ucapan panjang lebar selain dari nak wish, semoga berbahagia sehingga ke Jannah dan semoga Allah merahmati
Cima dan
Farukh di dunia dan di akhirat. Amiiiiinnnnnnn~
|
See, kakak pengantin pun menyibuk hahaha ape salahnye kannn |
No comments:
Post a Comment