Nuffnang Ads

Monday, December 29, 2014

Cara Menguruskan Sinki Tersumbat

P.S. Ini entri nak termuntah, kalau tengah makan jangan baca ok!

Kalau sinki tersumbat memang sangatlah azabnya. Susah nak basuh pinggan, susah nak masak, rumah pulak bau kentut je. Frankly, busuk sangat lah bau sinki yang tersumbat. Untuk makluman, bukan rumah I tapi rumah Mama. Kesian pulak dengan Mama. Terbantut aktiviti harian dek sebab sinki yang tersumbat ni. Tak tau berapa lama, tapi Ayah baru bagitau Jumaat lepas.

Ini pun keladaknya dah kurang lepas kena ceduk
Nekad, hari Sabtu pagi I bawak Mama ke kedai hardware berhampiran dan beli satu botol chemical yang dikhususkan untuk clearkan sinki. Walaupun dah beli, I dan Mama tak berani nak tuang sebab macam merbahaya sangat. Pekerja kedai tu ada bagitau suruh berhati-hati nanti kena kulit rasa macam terbakar. So, better I tunggu Ayah atau Sayang buatkan.

Rupa keladak yang keluar lepas kena pam
Sabtu, lepas je aerobic, terus I dan Sayang melakukan operasi. Dekat nak tengah malam jugak kitorang bekerja macam plumber dah hahaha. Sayang yang tuangkan chemical tu, bukan main gemersik bunyinya nak menghakis kotoran dalam laluan. Rupanya chemical tu panas, berasap jugaklah lubang sinki tu. Bau yang naik, jangan cakaplah.... Perghhhh~ Stok tak lalu makan punya. Kotoran yang dah 10 tahun lebih, bila di pam sambil letak chemical. Bayangkan macam mana baunya. Dekat 2 jam jugak Sayang bekerja keras nak clearkan laluan sinki Mama.

Clog Remover Cap Lion
I cuma nak share dekat sini kalau ada yang menghadapi masalah yang sama dengan kami, boleh ikut cara-cara di bawah. Selain daripada panggil plumber, ini ialah option sementara untuk kita semua. DIY je dekat rumah :
  1. Beli sebotol chemical Clog Remover, Lion Brand dari kedai hardware, kalau lupa nama cakap je untuk drain kan sinki. Dekat Seremban ni harganya RM23
  2. Buka penutup botol dengan berhati-hati
  3. Kalau ikutkan instruction pada botol, kena campur dengan air sikit baru tuang dalam sinki 
  4. Kalau ikut formula yang kami buat, tuang terus tapi hanya tuang 1/3 botol saja, biar sekejap dan lalukan dengan air.
  5. Pam kan sinki yang tersumbat tadi dengan pelocok. Pam sampai terkeluar kotoran melalui laluan sinki. Macam di rumah kami laluan dalam bilik air, senang nak nampak.
  6. Tuang lagi 1/3 botol chemical ke dalam sinki yang tersumbat tadi, biarkan dia react pada kotoran dan lalukan sikit dengan air, dan pam semula.
  7. Ulang lagi sekali cara di atas dan habiskan terus chemical tersebut
  8. Lalukan air dan tengok flow dia lancar atau perlahan lagi
  9. Kalau rasa macam tak cukup kena beli lagi sebotol chemical dan buat sampai flow jadi lancar.
Ini laluan dekat dalam bilik air. Berkerak-kerak keluar ke sini. Yuks!
Sorry, bahasa teruk sikit. Inilah tips yang termampu untuk kita buat sendiri. Semoga dapat membantu dengan info yang tak seberapa ini. 

2 comments:

  1. bagus ni.. tapi kite selalu curah air panas je... dan beli chemical kat daiso. memang jalan. tapi ni kotoran degilnya nampaknye kena pakai cam gambo tu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu mmg kitorg curah air panas je tapi kali ni tak jalan pulak. last2 pergi hardware dia bagi chemical yg paling kuat ni hihihihi try le mesti puas.

      Delete