Nuffnang Ads

Tuesday, July 22, 2014

Sazzi's Pantry - Ikan Kembung Rebus Air Asam

Senang, sedap dan cepat. Sila cuba buat resipi ni baru tau camne mudahnya. Firstly, I nak bagitahu yang resipi ni I ambik dari SINI dan I puas hati sangat sebab berjaya buat dengan sekali percubaan. Maklumlah, orang kerastangan bab memasak ni mana mau buat sekali terus jadi, kali keempat buat pun belum tentu perfect hihihi. Tapi resipi yang simple ni I dapat buat sekejap je. Lepas ni, kalau ada bahan terus jalan je. Serius la senang wey! Kalau tak, takkan lah I sempat ambik gambar bagai kehkehkeh~

Tak mau cerita banyaklah, jom kita memasak! Resipi ni I ambil 100% bersama beberapa adjustment.

Bahan-bahan

Ikan kembung - I memang pakai 3 ekor untuk makan berdua
Pes asam jawa - ok jangan nervous, pakai air asam je. Buat la 2 sudu besar
Asam keping - 2 biji
Limau kasturi - 2 biji
Sos cili
Garam
Gula


Bahan-bahan untuk ditumbuk

Belacan - setengah inci a.k.a setengah ibu jari (ini ukuran I ye hehe)
Cili api - 6 biji
Bawang merah - 2 biji

Cili api baru keluar dari freezer hehehe

Bahan-bahan untuk dipotong dadu :

Tomato - 1 biji
Bawang besar - 1 biji
Cili merah - 2 biji
Cili api - 5 biji (kalau tak suka pedas, tak payah lah bubuh cili api ni, I suka!)

Ops, jangan contohi I yang potong cili merah gitu ok.. sila dadukan mereka

Cara-cara :

Rebuskan ikan bersama secubit garam dan 2 ke 3 keping asam keping
Bila ikan masak, asingkan ikan dan buang asam-asam keping
Kekalkan air rebusan dalam kuali dan adjust air nak banyak atau kurang
Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam air rebusan yang masih lagi mendidih tu
Masukkan pulak bahan yang dipotong dadu
Kemudian bolehlah masukkan pes asam jawa dan perah limau kasturi dalam air tadi
Masukkan sos cili, garam dan gula
Nak pekat ke cair ke kurangkan sikit pedas ke bolehlah adjust sendiri
Curahkan ke atas ikan rebus dan...
SIAP!

Rebus dalam kuali senang nanti nak masak air asam tu
Ni bila dimasukkan bahan yang ditumbuk. Abaikan kuali berkerak!
Barulah bahan yang dipotong dadu tadi 
I siap-siap letak dalam bekas sebab nak bawak ke opis Sayang, berbuka dekat sana
Alhamdulillah, suami puji, puas hati. Yahuuu!~

No comments:

Post a Comment