Macam-macam la gelaran orang pada kek ni. Yang pasti, buat dulu, tengok jadi ke tak jadi macam yang digembar-gemburkan hahaha. Bukan saja menakutkan, tapi memang ye, ada orang buat Kek Batik ni tak menjadi. Contoh terdekat ialah.... I! Nampak senang, campak-campak dan masukkan biskut. Tapi, tahukah anda? Kalau main lebur tak estimate waktu mengacau akan menyebabkan biskut tersebut seperti dicelup air Milo ahahahahahaha.
Ok,jom!
Bahan-bahan :
1 bar butter 250 mg
3/4 tin susu pekat
1 paket Milo yang paling kecil
Biskut Marie - pernah baca, kalau yang cokelat tu tak shedap shangat
Cara-cara :
1. Lemaukan dulu Biskut Marie dan patah-patahkan kepada 4
2. Cairkan butter di atas api. I gunakan periuk kerana senangnya I kearah itu. Guna kuali pun boleh...
3. Masukkan susu pekat
4. Masukkan Milo
5. Kacau sehingga pekat, atau secukup likat, atau sesedap tangan menghayun sudip
6. Masukkan biskut ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga rata a.k.a semuanya hitam
7. Kacau sekejap je tau tapi dengan pantas
8. Sediakan loyang, kalau boleh salut la dengan aluminium foil atau plastic biasa kalau nak senang keluarkan sebab adunan ni melekit
9. Tuang ke dalam loyang, tekan-tekan bagi mampat dan sama rata
10. Sejukkan dan sedia dimakan
Sedap tau! Sampai Koko The Cat pun suka, satu slice untuk dia je repeat-repeat makan dari petang sampai malam. Mungkin I buat pekat sangat dan dia susah nak mengunyah, selit celah gigi. Shiannnn!
Kita pun buat kek batik haritu ! Hehehe. :D
ReplyDelete