Nuffnang Ads

Monday, July 7, 2014

Dah Masuk Second Half

Harini, 1 Julai 2014 yang bersamaan dengan 3 Ramadhan 1435H (lambatnya post ni I publish hehehe), apa khabar semua hamba Allah yang sedang berpuasa? Harapnya baik-baik saja dan moga Allah permudahkan semua urusan ibadat kita. Dah masuk tengah tahun ni, apa sumbangan kita pada agama, keluarga dan masyarakat? Hehe, nampak macam skema je kan tapi itulah hakikatnya yang kita tak nampak. Inilah masa untuk kita review balik apa yang kita dah lakukan untuk diri kita sendiri...

Mula-mula nak review perkara yang membahagiakan. Of course la, dapat anak buah tetap masuk ranking pertama. Walaupun bukan dari rahim I sendiri tapi I bahagia tengok sepupu-sepupu dah melahirkan anak-anak yang comel belaka. Alhamdulillah, awal rezeki mereka. Walaupun I tau ada jugak antara kami keluarga yang belum dikurniakan nikmat yang satu itu. Tak lupa juga kawan-kawan yang melahirkan anak. Nak sebut memang ramai.

Paling syok, Si Puteh beranak, Cinonet pun beranak. Family I ada ramai anak kucing. Hahaha ramai! Meriah dengan kucing aje lah ni untuk raya yang akan mendatang. Cuma yang menyedihkan bila yang hidup pasti akan pergi jua walaupun orang kata patah tumbuh hilang berganti. Keluarga I kehilangan Baby, Tam Pecit, Opie dan Putih. Semoga Allah sejahterakan semua kucing-kucing ni dimana jua mereka berada. Yang sudah pasti ada kuburnya hanya Opie je, yang lain hilang, tak tau kemana...

Ada jugak benda yang tak syok, bila kena bertukar antara bahagian dalam pejabat. Punyalah malas nak mengemas, dengan tak sihatnya. Perpindahan ni memang menyusahkan. Sila baca entri di bawah untuk berkongsi kesedihan kami. Huaaaa waaaa waaaa~ Yang sudah tu sudahlah ye... Apa pun, BERSYUKUR sangat dapat tempat sempit muat-muat badan, bil abergerak je abis bergegar meja depan belakang. Pfffttt!~

Ni pun sedih jugak, bila SiDia jatuh sakit dan dimasukkan ke wad pada bulan Februari yang lepas. Alahai, tolonglah jangan duga kami dengan kesakitan macam tu lagi, Ya Allah... Perit sangat. Sama jugak dengan I, dapat viral fever tapi I tak sampai masuk ward. Yang menyakitkan I ialah satu penyakit yang betul-betul ganggu sangat kebahagiaan I dan SiDia. Let me keep it just to myself, tak sedia langsung nak share dengan sesiapa berita ni. Masih lagi I berusaha, mengubatinya, dan sedang prevent apa yang boleh menggalakkannya. Semoga Allah memberikan penawar kepadaku T____T

Adik ada girlfriend! Hahaha inilah satu contoh kakak yang gelupor nakkan adik perempuan. Kadang rasa jeles, kadang rasa baguslah. Actually, baguslah... Dia pun dah besar, Kakak please la jangan jadi overprotective sangat. Dia pun ada life dia yang nak dicorakkan. Sama macam Kakak kan... So far, life I lepas berkahwin, ada messy sana sikit, itu biasa, dan paling bangga, bila rumah complete sangat! Selesa sangat! Tak sangka... I akan hidup dengan orang yang I sayang dalam rumah sederhana yang kitorang sendiri deco. Syukur.....

Pasal diri sendiri, I became so active and energetic, lately. Kami ke Broga, dan I gigih dengan Zumba party dan sesi exercise, dekat mana pun I hantam sajalah labu. I sparkled myself with sweats, the healthy one. Rasa sangat cergas. But honestly, berat tak turun ye, makan macam hape, nak turun apenye. Tapi I lebih cergas dan power bila naik Broga sebab tak lama lagi nak hiking sana sini. Kan Sayang kan? Kikiki

As for my spiritual, I rasa lebih sihat. Masih jauh lagi perjalanan nak melengkapkan rohani. Nak berkasih sayang dengan Allah. Dengan kelas yang I hadiri, harapnya dapat merubah segala kekurangan dalam diri yang hina ini. Sekali sekala terbabas juga, tapi, taknak jauh sangat terbabas, bahaya nanti. Semoga lelaki syurga I selalu tabah dan sabar dengan I. Hehehe, FIZIIIIII jugak!

Apa yang u all dah perbaharui untuk diri u all dalam first half? Renung-renungkanlah...

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment