Alaa... Terguna lah Promo dari Groupon ni. Menyampah betul dengan email yang menjerat tu. Rasa membuak rasa nak shopping online. Maklumlah dah lama tak menghumbankan diri ke lembah shopping ni. Banyak komitmen lain la. Hehehehe. Komitmen dekat kedai Adidas, kedai Aidijuma, kedai Naelofar Hijab opssss! Astaghfirullah.
Menyampah tengok promo ni... |
Kali ni I dapat email berkaitan dengan promo oleh Groupon. Walaupun RM10 tapi elok digunakan jangan membazir. Kena beli benda RM40 ke atas baru boleh guna promo code itu. Tak mau la guna untuk dinner ke western restaurant ke sebab I tengah diet.. (EHEM!) lepas tu ada pulak restoran yang menyediakan macam p*rk ke, tak sesuai la better tak payah kan. Lepas tu ada jugak yang restoran best-best tapi untuk seorang je, tak adil la untuk partner pulak eh hehehehehe!
Kalau I nak beli untuk getaways pulak semuanya atas RM100. Tak baloi! Semata nak redeem RM10 kena pulak beli hotel RM100++ yang ada time valid pulak tu. No, no, no... Rasanya tak perlu la kot nak getaways bagai. Hard Rock Hotel je dah RM800++. Pitam!
Lepas tu I berubah pulak ke home appliances dan gadgets. Alahai, macam tak menarik je shoe rack 9 tingkat ada waterproof woven cover. Benda tu macam murah tapi harganya sampai RM50 pulaknya. Ok untuk gadget pulak, tak dapek do Fujifilm Instax Share Printer tu memurah dek non oi. Mini sewing machine pun takde. Geramnye, kenapa bukan Lazada yang buat offer macam tu ek boleh beli sewing machine idaman. Dekat Groupon takde, yang betul kecik hand sewing tu je ada. Tak mau....
I pun dengan senang hati sambil bersiul riang terus grab something yang sangat berguna untuk aktiviti tidur I di pejabat. Dapat jugak I sleeping bag hahaha macam tak mencabar langsung kan? Takpelah, asalkan I dah terapi minda hari ni. Barulah lega sikit rasa hati :D
P.S. Weekend getaways kita bolehlah menjelajah ke Matrade untuk Vendeur Festival pulak. Musnah, punah, habis rentung I macam ni.
No comments:
Post a Comment