Nuffnang Ads

Friday, September 5, 2014

Kerap Tersedu - Hic! Hic! Hic!

Pernah kan? Bila bunyi, HIC, HIC, HIC! Betul-betul mengganggu kalau nak bernafas, nak makan, nak minum, nak bercakap dan semua yang melibatkan mulut kita. Itu yang I sedang suffer sekarang. Hiccups! Dah tak reti nak buat style apa untuk hilangkan sedu ni. Daripada style nganga mulut sampai lah ke style tahan nafas, air suam jangan cakap lah dah bergelen I minum. Tapi ianya tetap akan menyerang I kembali. Sampai penat.
 
I ingatkan diri I sorang je yang macam itu alkisahnya setiap hari rupanya ada insan-insan senasib dengan I. Mengikut info yang I dapat dari cyberclinics, ada beberapa faktor yang membuatkan kita sering tersedu, iaitu ;
 
1.Penyakit saraf yang diwarisi

 2.Kecederaan pada saraf phrenic dan vagus

 3.Toxic atau penyakit metabolic yang merosakkan saraf

 4.Tahap gula yang tinggi dalam darah (hyperglycemia)

 5.Selepas mengambil minuman bergas, alcohol, roti kering malah makanan yang pedas

 6.Gelak yang berterusan

 7.Makan terlalu cepat

 8.Ubat chemotherapy

 9.Paru-paru berair (pleural effusion)

 10.Kesan sampingan ubat
 
 
Paling I seram baca yang hyperglycemia dan paru-paru berair tu. Makan terlalu cepat tu time lapar selalu jugak buat... Tapi paling I kena buat research selanjutnya ialah berkenaan saraf phrenic dan vagus. Puas jugak nak mencari info berkenaannya. Ok dapat!
 
sakit wo diaphragm kalau asyik tersedu je :(
 
Macam-macam petua nak menghilangkan sedu atau hiccups ni. Apa yang I selalu buat ialah ;
 
1. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan tahan sambil kira sampai 10 kemudian lepaskan nafas melalui mulut dan buat balik sampai lega.
 
2. Tarik nafas dalam-dalam dan nganga mulut seluas mungkin.
 
3. Minum air kosong sebanyak yang boleh dan jangan terlalu gelojoh. Perlahan-lahan.
 
4. Tarik nafas dalam-dalam, kembongkan mulut dan tutup hidung.
 
Cubalah buat semua benda diatas ni ye. In shaa Allah kalau tak jadi petua yang pertama cuba sampai yang nombor empat. Kalau buat empat petua ni tak menjadi jugak, ulang semula nombor satu. Hahahaha! Maaf, tak berapa membantu sebab I sendiri pun tak tau macam mana nak tolong diri sendiri.
 
Haaa, ini lagi clear menerangkan permasalahan HICCUPS.
Rupanya ada juga medication yang boleh menghilangkan hiccups ni. Info dari cyberclinics juga, ubatan yang membantu ialah :
 
1.Xylocaine liniment 3% or gel 2% di telinga (external ear)
2.Haloperidol

 3.Metoclopromide (Reglan)

 4.Chlorpromazine (Thorazine)

 5.Sekiranya disebakan penyakit metabolik, maka rawatan berdasarkan jenis penyakit metabolic tersebut seperti hypokalaemia, hyponatraemia dll.
 
Jangan Tanya I pasal ubatan ni sebab I bukan pharmacist atau doktor. Kalau nak tau jugak bolehlah ke klinik berhampiran. Alhamdulillah, buat masa sekarang I masih belum sampai tahap perlu ke klinik. Semoga ianya boleh dikawal dan berkurangan.
Amiiiiiiiiin!
 
P.S. Amboi.....! I suka bila ada mulut-mulut laser yang kata, "Eh sedu ke? Nak besor lagi tu.. Tak cukup besor ke badan tu?????" Hahahaha. ALHAMDULILLAH!

No comments:

Post a Comment