Nuffnang Ads

Tuesday, September 9, 2014

Periksa Keputusan Peperiksaan Online

Penggunaan Bahasa Melayu baku sangat ni. Mungkin semua dah mengetahui kot yang Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41 telah pun dijalankan pada Sabtu (6/9/14) yang lepas dan pada hari ini, Selasa (9/9/14) result telah keluar. I was shocked! Sangat cepat eh.. Check bebetul ke tidak tu? Sampai I re-check berkali-kali dengan keputusan tu adakah betul atau tak. Yelah, benda susah dan tak menaruh harapan, berkali-kali la I tenung. 

Untuk yang nak check keputusan exam online yang lepas bolehlah click pada link dibawah : 


I dapat tau pun dari Kak E.J yang menyatakan beliau tidak berjaya. Masa tu I dekat rumah lagi, kan yang kes tukar tudung tadi tu hehe. Dekat rumah kalau guna Internet nak kena tethering bagai, I've decided to check on the result when I reached office. Apa lagi, sampai office terus I kelam kabut on PC. Result beb, siapa tak nervous.... 

Mula-mula I diberitahu oleh Kak E.J yang check la result dekat website SPA. Server pihak SPA sangat traffic jam pada hari ni. Ye, mungkin sebab banyak aduan berkenaan exam online ini. Nak check result memang tak boleh masuk langsung. Kemudian baru I dapat emel dari syarikat yang menjual nota tempoh hari, baru lah boleh click. Haiyaaaa! Lain rupanya url nye!

Selepas memasukkan nombor kad pengenalan, tertera lah result seperti di bawah :

ALHAMDULILLAH!

Masih tak percaya? Atau masih buntu? I sendiri tak reti nak tafsirkan perasaan I ketika ini. Pertama kali yang keluar dari mulut I masa dapat result ini ialah, "biar betul???? betul ke link ni?" sambil jari tu duk click pada url dan tengok betul ke address yang I click atau hanya propa dari syarikat berkenaan. Sampai macam tu lah kan perangai I. Hahahaha!

Memang betul, seperti di taklimat, result akan keluar secepat mungkin dan panggilan temuduga juga akan dijalankan dalam bulan September ini juga. Allah.... Takutnya.... I tetap bersyukur sangat pada Allah kerana telah mendengar doa I yang lemah ini. Allah tetap mudahkan urusan I dan kawan-kawan yang lain. Lepas ni silalah hadap cerita nervous nak interview pulak ye :D Ngeeeeee!

Terima kasih Sayang, Ayah, Mama, Mama Paroi, Baba dan seluruh keluarga yang mendoakan. Terima kasih saudara mara yang tahu I nak ambil exam dan mendoakan dimudahkan urusan I dengan doa dari setiap mulut kalian yang kebiasaannya berbunyi, "Ala... boleh tu kalau rezeki tak kemana" Allah.... Itulah doa yang dah diucapkan setiap kali I ditanya soalan mengenai peperiksaan ini. Untuk rakan-rakan yang tidak berjaya, percayalah, setiap kegagalan ada kemanisan yang tersendiri kerana Allah tak berikan yang ini tapi berikan yang lebih baik di masa akan datang. Kepada yang berjaya, Alhamdulillah, kita sama-sama nanti bertentang mata dengan Panel Temuduga. In shaa Allah...

Terima kasih tak terhingga juga pada Fira dan keluarga yang memberi kemudahan untuk I membuat peperiksaan ni di rumah mereka. Tanpa mereka, tak mungkin I dapat buat sebaik ini. Terima kasih juga pada Adik hehehehehehehhe. Tahniah juga untuk Fira kerana kita telah BERJAYA bersama-sama. Congrats babe!

No comments:

Post a Comment