Semenjak dua menjak tiga menjak ni, sempat aje I cuba resipi best-best untuk dessert berbuka puasa. Hari tu berjaya dah buat puding karamel. Gatal tangan nak mengukus lagi, ada roti beberapa keping yang dah nak expired, ambil dan search resipi puding roti pulak. Jumpa, copy dan print. Terima kasih kepada pemilik BLOG CAHAYA HIDUPKU yang berjaya buatkan puding roti tu sangat simple tak payah nak blend atau masakkan sikit tau transfer bahan berulang kali. Cubalah resipi yang simple ni atau boleh KLIK SINI TERUS untuk panduan resipi bergambar. I buat sebijik macam tu cuma ada ubah sikit dekat finishing.
Bahan-bahan :
4 keping roti - I pakai Gardenia
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen Vanilla
Butter - untuk disapukan pada roti
Chocolate chips
Cara-cara :
Pertama sekali I buat ialah sapukan butter pada roti dan potong kecik-kecil roti tu
Roti yang dah dipotong tu disusun dalam loyang ikut suka bentuk macam mana hehehe
Masukkan telur, gula dan esen Vanilla dalam satu bekas dan kacaulah sampai ianya sekata
Tuangkan susu cair dalam adunan diatas
Kacau adunan sampai sekata
Tuangkan adunan ke atas roti yang di dalam loyang tu sampai roti terendam
Susun atau tabur je chocolate chips atas adunan tadi
Masukkan loyang ke dalam pengukus yang dah panas
I kukus selama 20 minit sahaja

Siap je puding roti, sejukkan dan letak dalam fridge. I hidangkan puding roti ni dengan chocolate syrup dan aiskrim Vanilla. Nak tau macam mana rasa dia boleh pegi? Sila cuba dan jangan lupa penambahan I tadi, semoga menjilat siku hahaha. Dan inilah puncanya I masih tak turun berat badan waktu bulan puasa.
No comments:
Post a Comment