Nuffnang Ads

Monday, July 21, 2014

KAMI Berbuka Puasa - Murni Discovery

Bertempat di Murni Discovery, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, dapat jugak Pembantu Urusetia KAMI iaitu Kecik book tempatnya. Ya Allah, bukan main crowded tempat duduknya. Dek sebab lambat book, kitorang dapat seat di luar, bawah pokok, tepi jalan dan 6 mejanya. Rasanya, table KAMI paling panjang. Hamboih, macam doa selamat je tu.

Yang hadir, of coz la Samani suami isteri, Reen anak beranak, Nuin anak beranak, Kak CT suami isteri dan Kecik anak beranak. Cukuplah jugak tu korum nak sembang panjang ehem ehem! Hahaha. Tak best jugak, Eyna, Wawa dengan Put tak join pun... So, kanak-kanak pun tak berapa ramai aritu. Kayla dan Fael demam, Ekey pulak sibuk main game, dan, Cinta dan Qaseh memang sopan santun macam Mama dia (BLUWEKK! Muntah ijau!) Hahaha~

Menu yang I dan Sayang makan ialah

NASI GORENG CHICKEN CHOP (RM13.00)

SPAGETTHI OGLIO E'OLIO (RM12.00)

LONGAN AIS (RM4.00)

I KISS YOU (RM5.00)

Sangat puas, compared to makan buffet, tak semua food kita larat makan, tak semua memenuhi nafsu kita. Macam I tak boleh la buffet sangat sebab I ada makanan yang I tak makan dan ada makanan yang I suka sangat-sangat. Baik ala-carte macam ni, kalau buffet sorang je dah RM40 paling murah kalau tempat best. Murni? Hahahahahaha~ Bukan lah actual harganya ni, tapi lebih kurang la..

Siap letak atas table, bakul otak-otak dan sata. Amboih! Sedapnya... Air sampai pun lambat, kenalah makan otak-otak dulu. Pandai korang ye dik. Lambat order, lambatlah sampainya. Nasib ada otak-otak sebelum abang-abang ni meracau lapar hahaha.

Masa ketibaan I selaku orang pertama dalam semua tempat makan KAMI ialah dalam jam 6.15 pm. Masa tu pun orang dah penuh dan order pun dah diambil. Untuk yang nak cuba nasib berbuka puasa sementara ada lagi kurang seminggu berpuasa ni, nak pergi kena book ye. Kalau walk-in memang tak ada mejanya. Kemain laku la pulak Murni ni. Tak pasti kalau dah hujung Ramadhan orang dah tak mau berbuka luar, balik kampung berbuka masakan ibu lagi sedap...

Tiada gambar KAMI kali ni. Urusetia tak cekap langsung. Kalau urusetia yang sepatutnya ada mesti dah macam-macam gambar keluar dekat FB. Siap check-in. Kekekeke. Yang pastinya, Olio-olio tu memang sedap! I Suka gilaaaaaa.

Alahai, direction ke Murni Discovery Bandar Sri Permaisuri tak dapat I jelaskan betul-betul dekat sini sebab kitorang pun berpusing sana sini. Dari Masjid ke bazaar ke kandang kuda ke apartment kiri kanan. Senang cerita, kalau dah nampak Q-Bistro belah kiri betul-betul, straight aje, sampai traffic light dan pandang kanan, tadaaaaaa! Itulah Murni!

No comments:

Post a Comment