Nuffnang Ads

Thursday, July 24, 2014

Raya Oh Yeah : I Am So Mak2

Nota : Ini bukan keluhan

Allah sana yang tau luluh hati seorang anak bila dapat tau keadaan Mama tercinta yang dah tak boleh secergas dulu, seaktif semalam dan sekuat sebelumnya. Allah saja yang tau betapa sedihnya hati seorang anak bila melihat Mama tercinta yang berkeinginan nak buat macam-macam tapi, terbantut dek kesakitan yang ditanggung. Allah jua yang izinkan Mama untuk berehat, cukup-cukuplah untuk buat sebarang kerja, sudah-sudahlah berpenat lelah daripada sebarang tugas hakiki sejak 32 tahun lepas bila keluarnya jasad kecil itu dari rahimnya.

Mama, dah tak boleh macam dulu-dulu. Mama kena berehat sekarang. Atas nasihat doktor, yang kalau boleh nak dimasukkan Mama ke dalam wad bagi tujuan pemantauan kesihatan Mama yang dah makin menyusut, sama dengan badannya. Naluri seorang Mama, takmau dimasukkan ke wad dengan alasan, "I tak boleh admitted ke wad doktor, I betul-betul banyak komitmen.." sedih dengar alasan Mama macam tu.. Kalau kita??? Sebolehnya nak lari dari semua kerja yang menyesakkan kepala dan meletihkan badan. Sebab tu beliau adalah seorang Mama...

Raya ni, sugul sangat rasanya. Mama tak dapat berkemas, keadaan badannya tak mengizinkan Mama untuk berbuat demikian. Mama tak dapat memasak lagi rendang ayam kegemaran I, setiap Aidilfitri, ianya akan menyeksa tenaga Mama. Sebak pulak rasanya.. Takpe Ma, kan Samani ada. Samani dah besar. Samani take over ye...

Antara checklist untuk raya yang seharusnya I siapkan, sama serupa macam Mama buat hampir setiap tahun, masak rendang, buat kuih dan siapkan rumah. Ya, I masih belum ada komitmen lain, hanya kepada suami dan hanya uruskan keluarga kecil ni saja bilamana Ayah dan Mama bersedia untuk menyerahkan kepada I. Atau Adik... Dah ada checklist, yang terpaksa ditimbang semula ialah pembelian baju raya untuk sefamili, akan datang pasti ada, macam mana Ayah dan Mama belikan dulu, macam tu jugak Samani akan belikan kelak.

Malam ni, bermula dengan membuat kuih raya, beberapa jenis kemahuan Ayah akan I turutkan. Tak mampu nak berkata TIDAK kepada lelaki syurga I itu. 1 ke 2 hari raya, permintaan Mama akan I tunaikan pula. Ke pasar, beli barang, sediakan bahan dan kacau rendang. Semoga Allah permudahkan. Pertama kali nak kacau sendiri. Selama ni dengan bantuan Mama, mungkin kali ni takkan sesempurna Mama, I tetap akan cuba. Rumah Mama, tunggu Adik balik sekali ye. Nanti Samani akan kerahkan tenaga dia. I dah bersedia, nak siapkan keluarga. I dah bersedia, nak serahkan semua tenaga. I dah bersedia, nak mengeluarkan keringat. Demi Ayah dan Mama kerana Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment