Nuffnang Ads

Monday, September 8, 2014

Menghadap Lagi Ke Arah Auditor

Allah.. Perkara ni paling lemah dalam kerjaya I sebagai penjawat awam. Rasanya semua pun setuju kot bahawasanya Kami Yang Menurut Perintah ini sedia diaudit dengan rasa agak kurang ikhlas sepenuh hati. Huaaaaaaaa!~ Kenapa ada lagi tah.... Setiap tahun ke nak terkucil macam ni :( Diorang ni tak tau ke I nak pergi vacation hujung minggu ni? Bagi chance la Puan, Encik...
 
Memang best, selepas tahun 2012, tahun ni auditan secara besar-besaran akan berlaku lagi iaitu Accountability Index yang akan memberi star rating kepada jabatan yang diaudit. Pada tahun sebelum ini, iaitu 2012, I merupakan salah seorang tenaga kerja yang telah bertungkus lumus siang malam untuk menyiapkan kerja agar sempurna bagi tujuan audit ini. Memang serik. Hampir sebulan juga kami dikacau. Kerja hakiki yang lain semua tak berapa diusik. Erghhhh!
 
Tahun ini, 2014 je baru pun. Tuan Pengarah, why us...??  Adakah setiap 2 tahun kami akan diuji sebegini rupa? Redha je la kan, maklumlah, Kumpulan Pelaksana macam ni lah. Terima arahan dari pihak atasan. Kalau berani membantah maka buruklah prestasinya. Kihkihkih.
 
Untuk rakan-rakan di luar sana, jangan anggap kami ni penjawat awam hanya kerja senang goyang kaki. Kami pun ada audit, kami pun ada Penilaian Prestasi setiap tahun dan kami juga ada bos yang kadang-kadang lagi tegas dari sektor swasta. Sama je kita. Harapnya mereka yang memandang remeh terhadap kami sebagai penjawat awam boleh mengubah pandangan dan tanggapan anda sekarang kerana kami pun tambah lebih kurang serupa dengan pekerja swasta. Jangan dengar cakap orang dan jangan hanya memandang kami berlegar pada waktu rehat yang lama pada hari Jumaat. Sila selami Fail Meja kami, agaknya u ols pun tekucil sekali nak buat kerja-kerja kami.
 
Haha dahlah, cerita panjang pun tak best la. Mulai malam ini sehingga Khamis malam Jumaat, I berazam untuk menyiapkan semua tugas-tugas berkaitan yang akan diaudit. Semoga Allah permudahkan segala jalan dan auditor berlembut hati untuk melihat kemanisan kami semua walaupun dengan senyuman kami yang pahit ketika itu. Minta maaf zahir batin awal-awal la nanti terlupa haha.
 
Coretan ikhlas dari,
SAYA YANG NAK PERGI BERCUTI!!!!!!!!!!!
 
Kbai!

No comments:

Post a Comment