Nuffnang Ads

Sunday, September 7, 2014

Peperiksaan Online W41 - Ini Betul-Betul Cobaan

Pagi ini (06/09/2014), berkobar-kobar I dan Fira menyiapkan diri dan port paling selesa untuk kami buat Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41. Semuanya dah lengkap bagi kami. Dengan nota-nota berkaitan, alat tulis, laptop dan talian Internet yang superb sebabnya tak mau mengganggu perjalanan kami untuk melengkapkan peperiksaan yang bakal dihadapi buat pertama kali di dalam talian.

Selepas diberitahu pada taklimat yang lepas yang telah diadakan di SPA, Putrajaya, kami telah log in ke pautan yang telah diberikan di dalam emel kami sejam awal untuk mengelakkan kekalutan. Kalau ada apa-apa permasalahan bolehlah dibuat aduan terus. Sambil tu, kami berborak sesama sendiri bagi menghilangkan rasa nervous yang makin membuak-buak.

Terus terang I katakan, peperiksaan ini amat mengecewakan kami. Bukanlah dari segi struktur soalan mahupun tahap rumitnya soalan yang dikemukakan, tapi oleh sebab faktor berikut :

1. Server
 
 Sikit-sikit nak kena reload, bukan sekali dua tapi entah berapa kali. Peperiksaan ni ada 3 bahagian maka, semua bahagian tu I pun tak tau reload berapa kali. Frustnye... Patutkah kami dilayan begini? Sewaktu taklimat kami diberitahu yang servernya BANYAK dan takkan berlaku kesesakan seperti itu. Setiap calon diasingkan ke server berlainan dengan set soalan yang berbeza. Untuk soalan I, telah disambungkan ke Server 24 dan Fira di Server 33. Memang soalannya berlainan cuma berlainan nombor. Kata lainnya, soalan tetap serupa cuma aturan nombor saja dirawakkan.
 
2. Masa
 
Sudah tentulah, bila reload dia tolak masa. Tiba-tiba dah jadi sikit pulak masa I. Kenapa macam itu?? Rasa tak puas je nak ambik exam macam ni... Paling menyedihkan, peperiksaan tidak ikut masa yang ditetapkan. Sepatutnya bermula jam 9.00 am, tapi delay sampai hampir sejam jugak. Nasib baiklah kami penyabar orangnya. Kalau exam dalam dewan, 11.55 am akan tepat waktu habisnya. Kami, 12.45 pm barulah dapat duduk dengan selesa. Kalau tak, selagi tu jiwa kacau... Dikhabarkan, kelewatan yang berlaku menyebabkan calon-calon habis menjawab pada jam 5.45 pm seperti yang dilaporkan di dalam Facebook SPA.
 
3. Jawapan tidak diterima
 
- Inilah permasalahan yang paling membuatkan I kecewa dan frust giler, menonggeng semuanya ada. Kalau setakat pada Ujian Psikometri memang takde masalah kerana jawapan hanya YA, TIDAK PASTI, TIDAK yang menjadi pilihan. Apabila soalan Pengetahuan Am pun 'JAWAPAN TIDAK DITERIMA' dan nombor soalan menjadi warna oren menandakan jawapan yang tak diterima, ini menyedihkan. Soalan Matematik lagilah, ya Allah... Puas dah mengira, kena ambil semula kalkulator untuk buat pengiraan dan tanda semula. Kalau satu soalan 4 kali 'JAWAPAN TIDAK DITERIMA'??? Faham-faham aje lah...
  

Kami, betul-betul terasa seperti tikus makmal yang menjadi bahan ujikaji. Puluhan ribu calon telah menduduki peperiksaan ini. Motifnya? Untuk menguji sejauh mana kemampuan peperiksaan ini dapat menanmpung begitu ramai calon dalam satu masa. Jelasnya, SPA perlu sangat menambakbaik semua kelemahan yang dihadapi. 

Mungkin percubaan ini dianggap berjaya oleh SPA tapi, kami yang telah diuji merupakan orang-orang yang sedih, kecewa, buntu, marah, sakit, kosong dan panik dengan peperiksaan yang kami jalankan. Tak semua bernasib baik dengan mempunyai talian Internet tetap. Termasuklah I, rumah kawan menjadi port untuk menduduki peperiksaan. Untuk insan-insan lain yang penuh berharap untuk lulus peperiksan ini bagi mengubah nasib mereka??? Bayangkan yang terpaksa pergi berbatu untuk mendapatkan perkhidmatan talian tetap Internet... 

Bagi yang membeli dan melanggan perkhidmatan nota peperiksaan, adakah semua yang dinyatakan dalam nota itu termasuk dalam peperiksaan? Pesan I pada semua bakal calon, walaupun sudah yakin 200% dengan nota-nota yang dibeli, siapkan diri dengan maklumat-maklumat am mengenai negara dan perkhidmatan awam juga. Jangan terlaku bergantung dengan nota yang dibeli, tidak semuanya maklumat terdapat di dalam nota yang harganya puluhan ringgit itu. Syukur, I pun ada membeli juga dan ianya masih berguna untuk I dalam peperiksaan ini.

I ingin mengambil kesempatan ini bukan untuk menghentam pihak SPA tetapi untuk menyatakan kekesalan dengan peperiksaan yang tidak berjalan begitu lancar seperti yang dilaporkan... Semoga banyak penambahbaikan dilakukan agar dapat melicinkan urusan peperiksaan ini di masa-masa akan datang. Kami menduduki peperiksaan ini dengan penuh harapan yang tinggi untuk mengubah nasib kami walaupun hanya yang berkelayakan akan dipilih untuk pengambilan jawatan yang ditawarkan. Semoga ada lagi peperiksaan dan temuduga yang akan dipanggil oleh SPA di masa akan datang.


http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/56-546-duduki-peperiksaan-online-penguasa-kastam-1.314470
Petikan dari Sinar Harian
 

No comments:

Post a Comment