Pertama kali setelah beberapa tahun, tak celebrate pun Ambang Merdeka. Tahun ni lain macam sikit gayanya, Sayang pun bagi permission, tu yang terjebak sekali. Apa yang I katakan berbeza, kali ni I bersama-sama strangers, yang tak pernah dikenali, cuma senyum-senyum gitu saja, tapi, menyambut kemerdekaan dengan satu hati.
Disini lahirnya sebuah cinta...
Iye, disinilah tempat I yang lahirnya cinta kepada Zumba, Masala Bhangra dan Aerobic. Disiniah I mula menjinakkan diri semula dengan aktiviti yang menyihatkan. Disini juga I membina keyakinan diri bahawa, kalau kita seorang pun kita masih boleh bernafas dan gembira dengan cara kita sendiri. Disini I mencabar kemampuan diri untuk lebih lasak dan keras. Disini I mengenali satu komuniti yang mementingkan fitness dalam kehidupan seharian, dan, tak kira umur, jantina dan kerjaya.
Kami berZumba sejak jam 9.00 pm dan masih ramai yang setia di bawah podium untuk menunggu detik 12.00 malam. Dengan beberapa instructor jemputan, masing-masing lenguh juga kaki keesokan harinya dek 3 jam punya penangan. Dari yang berentak perlahan sampai ke yang laju dan mengikut kemampuan masing-masing, semuanya enjoy. Untuk yang membuat bayaran sebanyak RM3 (seperti setiap sesi), peserta akan mendapat sticker dan sebotol mineral kecil. Ianya masih tak cukup untuk I! Hahahaha nampak sangat I terlampau dehydrated bila bersenam. C'mon, mana nak dapat aerobicthon selama 3 jam dengan bayaran hanya RM3 SAHAJA. Dalam hujan pun semua masih bersama-sama menunggu dan gigih ikut rentak lagu di bawah satu bumbung. Hihi!
Sebelum jam 12.00 malam, semua peserta diberi lirik lagu Warisan dan Tanggal 31 Ogos. Bendera kecil dan besar diedarkan untuk dikibarkan. Selepas countdown, lagu Tanggal 31 Ogos dimainkan dan dinyanyikan beramai-ramai. Terdapat juga percikan bunga api tapi di luar pagar KOMBES kerana pihak pengurusan tak benarkan bunga api dalam kawasan mereka. Memang meriah! Semuanya menyanyi sambil mengibarkan bendera. Selesai lagu pertama, lagu Warisan pula dimainkan dan dinyanyikan juga beramai-ramai. Untuk penghormatan, lagu Negaraku menjadi lagu terakhir dimainkan. Semua yang berada di KOMBES, termasuk mereka yang sedang ada perlawanan bola dan meniaga di gerai-gerai turut menghormati lagu kebangsaan dengan berdiri tegak... Alhamdulillah.....
Acara terakhir yang I ikut serta ialah bergambar beramai-ramai. Ini adalah kali kedua I bergambar bersama rakan-rakan aerobic dari KEG, yang pertama sewaktu sesi KEG yang pertama kali di Seremban 2 City Park. Walaupun kali kedua I bergambar bersama mereka tapi ini kali pertama I memperkenalkan rakan-rakan dari KEG, KOMBES. Semoga ukhwah terus terjalin sampai bila-bila. Amiiin...
Terima kasih pada KEG dan instructor jemputan yang best-best belaka. Pertama sekali, Kak Cha namanya kot I pun tak pasti tapi suara seksi dan movement memang best santai-santai gitu. Kedua, Kak Ieja rock! Best giler akak I sorang ni dan ligatnya bukan main. Kalau tak caya join la sekali kelas Zumba dia. Jangan pitam sudah hehehe. Ketiga, I hanya dengar-dengar Ryzal namanya, best jugak! Santai-santai tapi senang diikut dan happening semua lagunya. Actually, Kak Ieja dan Ryzal ni dah lama I join diorang dari zaman sebelum I gemok, iaitu zaman sebelum I further study dan bercuti belajar. Sekarang diorang masih jadi instructor I :)
Tu je nak cerita kali ni. Waniesamani kalau tak panjang entri dia memang tak sah!
Kbai.
No comments:
Post a Comment