Nuffnang Ads

Tuesday, December 9, 2014

Bawa Ayah Jalan-Jalan

Dulu masa kecik-kecik asyik Ayah je bawak I jalan-jalan. Zoo Negara la, Tasik Titiwangsa la, Planetarium la, Bukit Cerakah la... Sekarang bagi chance la I pulak bawak Ayah berjalan tengok kereta. Walaupun hakikatnya Ayah jugak yang tolong drive kereta untuk bawak I tiba di destinasi. Samani... Samani... How dare u!

Ceritanya, I dapat tiket percuma ke Formula E yang berlangsung di Putrajaya. Sayang tak dapat pergi sebab dia ada latihan koir... Ops! Bowling...! Untuk karnival KPJ nanti. Senang cerita I ajak Ayah je pergi. Macam kelakor je bunyi I bawak Ayah jalan-jalan tengok Formula E kan. Bagi I, inilah masa untuk I bonding dengan Ayah. Dah lama tak sembang anak beranak. Kiranya 2 dalam 1 le...

Banyak jugak luahan hati Ayah. Tujuan I satu tu jugak tak mau Ayah pendam apa-apa biarkan Ayah meluah apa rasa tak puas hati ke geram ke happy ke sedih ke bangga ke apa-apa lah yang Ayah nak sampaikan dan luahkan pada anak dia. Perjalanan Seremban - Putrajaya makan masa jugak tu. Bolehlah I cerita macam-macam dengan Ayah... Cuma yang dapat I perhatikan, Ayah dah tak larat macam dulu-dulu, Ayah dah tua... Lama Ayah duduk masa dekat sana. Penat sangat tu..

Putrajaya!
Sampai je di Putrajaya, terus cari parking yang paling strategik dan terus naik bas untuk ke Gate 4 pintu masuk yang dinyatakan dalam tiket. Alhamdulillah, perjalanan mudah sangat. Ayah pun senang hati. I pun happy tengok Ayah happy dapat tengok kerete lumba hihihi. Perjalanan pulang tu macam serik sikit la. Nak naik feeder bus punyalah penuh. Tunggu sampai bas ke-4 barulah dapat peluang naik. Itu pun kena berdiri dalam bas. Nasib baik Ayah gagah... 
My old man...
Camtu lah keretanya.. bunyi washing machine sangat.
Tengok dekat corner lain pulak. Tukar angin 
Ok nak review pasal Formula E. Bunyi dia macam washing machine! Berdesing sikit je. Tapi sebab kitorang tengok dekat dengan corner, pemandu semua macam slow down, takde lah berdesup sangat bila nak tangkap gambar. Bolehlah dapat video, snap gambar (itupun guna burst!) dan selfie disaat kereta lalu. Cam gitu pulak.......

It's going to rain... Orang pulak still ramai gila nak naik shuttle bus. Nasib baik lepas jugak I dan Ayah balik
Sila muak lah ye tengok gambar kereta dari tepi aje. Tak dapat yang sempurna pun. Apa pun I tak kisah asalkan I dapat spend masa dengan Ayah. Love you, Ayah!

Copy and paste :D

No comments:

Post a Comment