Nuffnang Ads

Friday, December 5, 2014

My First Detox Water

Selalu I perhatikan je orang buat infused water ni. Dalam hati selalu tanya, bila nampak orang post gambar air ni, tah apa rasa agaknya. Meronta jugak hati tu nak tau, kawan-kawan office pulak takde sorang pun yang pernah buat. I decided to make my own infused water and I'm happy with that! Hahaha ada ek orang yang happy bila minum air pahit :D

I ikut Sayang ke Pasar Tani Paroi Jaya dan terus niat dalam hati nak beli daun pudina, timun, lemon dan limau nipis. Berjaya dapat bahan-bahan kecuali daun pudina. Takpelah, buat resipi yang ada dulu. Yang lain boleh cuba lain kali pulak. Takkan setiap hari nak menu yang sama kan. Cewah, macam main masak-masak pulak.

I pun dapat beberapa resipi dari kawan-kawan dan research dalam Facebook. Haaaa, jangan tak tau, FB pun boleh dijadikan sumber nak dapat info untuk research. Berguna sangat semua info tu, banyak jugak I save resipi dari FB tu. Actually, its not really a recipe but u have to know is the function of the ingredients towards our body. Kalau diikutkan, campak je lah apa-apa pun, biarkan semalaman dan minum keesokannya.

Introduction panjang berjela macam landasan keretapi. Ceritanya pendek je. I buat air detox dengan menggunakan 1 biji lemon, 1/2 biji timun dan 1 biji limau nipis dalam 1 liter air. Selepas dibiarkan semalaman, punyalah nak terjojol bijik mata sebab pahitnya kemain. Dekat office, I siap bagi rasa sorang sikit. Takkanlah I nak pahit sorang-sorang kan?! Hihihihihi jahatnya! Masing-masing punya muka menahan pahit-pahit kelat tu kelakor je I tengok. Sebenarnya tujuan bawak air tu untuk motivasikan kawan-kawan lain. Semoga I tak berseorangan dalam mendetoxkan diri. Benda baik share ramai-ramai. Jangan pendam sorang, tak baik, Allah tak suka kita kedekut dan sombong...

Gambar di bawah kredit kepada Sayang sebab dia yang snap. Bukan main excited I minum air pahit sampai 3 kali refill 1 liter, terlupa nak snap gambor. Of course la semua nak kena snap sekarang. Bukti bergambar ahahahaha!

Maaf, kualiti gambar ni yang paling best dari Sayang hihihi

2 comments: