Nuffnang Ads

Tuesday, December 16, 2014

Tips Kurangkan Nafsu Membeli Makanan

Tips lagi! Yay! I dah implement dalam kehidupan seharian. Kali ni usaha I agak berjaya. Hal-hal macam ni, kena keras hati, degil dan kejam. Gitu sikapnya kalau nak berjaya ye. Bukan apa, sikap untuk berjaya dalam benda yang baik tak salah kan. Nak seribu dua ribu tiga ribu daya, taknak sejuta dua juta tiga juta dalih. Ahha, terasa sangat nih.

Ceritanya begini, setiap kali I pergi ke shopping mall, tak kiralah di Seremban pun, macam banyak gila kot benda-benda yang menarik untuk dimakan. Kalau ke supermarket tu selalu ternampak cokelat yang tempting macam apa je. Kalau ke cafe atau booth dalam shopping mall lagilah macam apa je air liur ni. Contohnya, Palm Mall yang ada J.Co tu. Mencabar nafsu betul. I bukan jenis makan steamboat ke burger ke pizza atau pasta secara extreme. Tapi kalau bab coklat dan pastries, serah pada Waniesamani! Ok setelah introduction sepanjang 5 kilometer, meh I bagi tips yang I gunakan untuk mengawal nafsu membeli makanan terutama untuk macam I ni yang suka gila coklat.

Bawak air kosong / mineral water

SELALU! Jangan malas dan jangan mengelat. Nak keluar je terus bawak botol air kalau boleh 1 liter, Kalau berat dan beban sangat rasa air tu bawak Tupperware 750 ml pun dah ok asalkan muat masuk handbag. Kalau terlupa sangat sangat, belilah mineral water RM1 dekat kiosk yang jual suratkhabar dan majalah tu. Tak susah kan. Nampak je benda yang tempting sikit macam Famous Amos tu terus selawat dan minum air. Semoga nafsu nak ke arah booth Famous Amos tu terbantut. 

Banyakkan berjalan ke kedai lain

Jangan asyik pusing-pusing food court je. Selalunya dalam shopping mall kan ada khusus level yang semua kedai makan je kan. Avoid! Hahaha sila retour kan perjalanan anda ke level lain. Jangan buat hal, kang ada yang masa keluar rumah 90 kg, bila sampai rumah terus naik 98 kg., Amboiiiiii! Ok, ingat tau, jangan round area restoran nanti termakan hahahaha.

Tetapkan matlamat

Macam I pada hari ni, niat nak ke Mydin Mall Seremban 2 sebab nak tengok kedai tudung Aidijuma dan nak cari bedak Chriszen. Mata tetap tersasar ke promo coklat-coklat sempena Krismas ni. Faham aje lah, kalau dulu dekat nak Krismas mesti coklat belambak jual dekat tengah-tengah mall, mesti I beli! I siap dah buat kira-kira tadi, setakat Toblerone paling besar tak effect kot berat badan, baru berapa RM. Last sekali, terus tangkap dalam otak, boleh beli mascara ke dengan bedak sekali ni kalau tak beli coklat. Pastu, dapat grab tudung A.J ke shawl satin dekat WeenWeen Bazaar pun cun jugak. Niat nak beli Toblerone tu terbatal. Alhamdulillah........ Selamat duit hihi.

Terus ke bahagian sayuran

Untuk yang ke supermarket tu, terus ke bahagian sayuran segar dan ayam, daging dan makanan laut segar. Jangan pergi area makanan dalam tin mahupun bahagian tit bits. Untuk lagi accurate, terus ke bahagian salad ke, lemon ke, tomato ke timun ke yang semuanya bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman. Think of it, beli lemon ape semua boleh buat detox water. Detox water untuk cleanse kan sistem pencernaan dan boost immune system kita. Kan?????

Setakat ini, tu je lah tips yang dapat I bagi. In shaa Allah, I masih dan akan amalkan semua tips ni secara berkesan. Macamlah I takde cheat langsung kan? Ada tu tetap ada. Tipu lah satu hari pun takde I makan burger sedap dengan kek coklat. Adaaaaaa.... tetap ada. Cuma I paling kontrol tak minum yang bergas dan manis-manis. Kalau nak sedap sangat pun air tetap I ambik je air buah tidak bergula. Tapi bukan carrot susu tau! 

No comments:

Post a Comment