Nuffnang Ads

Wednesday, December 10, 2014

GAGAL

Nak cerita je... Walaupun GAGAL. Tetap nak cerita sebagai menambah pengalaman. Semoga menjadi iktibar kepada diri sendiri, rakan-rakan rapat dan sesiapa saja di luar sana. Kalau bukan untuk diri sendiri pun, khabar-kahabarkan lah pada orang yang dekat dengan kita.

Baru-baru ni, seperti yang I dah RSVP, I pergi juga Temuduga / Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 walaupun dah tau risiko yang bakal I hadapi sewaktu ujian fizikal dijalankan. Yang pergi pun tak berapa ramai. Daripada senarai Lembaga Temuduga 27 yang tersenarai nama I juga, hanya dalam 13 ke 15 calon saja yang hadir. Banyak juga nama yang tak bertanda dan ditandatangani. Mungkin mereka dah tau pengakhirannya.

Bagi seorang yang berdarah Melayu - Banjar yang keras hatinya, I tak pernah mengalah. Walaupun I juga tau dan nampak beberapa orang yang kena pulang kerana berat berlebihan. I sabar menanti nombor giliran disebut dan I melangkah yakin bila disebut nombor 13 bagi setiap LTD (Lembaga Temuduga). Sambil menunggu, I dibekalkan dengan sekeping kertas ujian berserta nombor giliran. Kertas itu mengandungi pelbagai kriteria yang perlu disempurnakan oleh calon sebelum ditemuduga. Antara kriteria ialah, BMI, rabun, ukuran anggota tubuh dan gaya berjalan.

I dah nekad, nak slim down dan cut down berpuluh kg untuk buktikan yang I juga boleh capai BMI yang ideal. Cubaan I yang hari tu, GAGAL jugak. Insan PCOS memang susah turun berat badan. Apakan daya, mungkin takde rezeki ke 27, akan dilantik ke 41 terus. AMINNNNN!~

Borang untuk setiap calon :) 
Alhamdulillah... Pengalaman yang sangat berharga untuk jawatan ini. Kali ni menjadikan I lebih berhat-hati dalam apa jua. Lain kerja, lain kriteria. Nak tak nak, kita kena ikut panduan yang diberikan. Selamat mencuba lagi tahun depan. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment